Monday, October 9, 2017

Pil Untuk Melambatkan Haid

Pil melambatkan haid, namanya Norcolut (norethisterone)

Pagi ini, di klinik, ada seorang patient datang bertanyakan tentang pil untuk melambatkan haid. Nak holiday katanya. Biasanya, kalau ada patient muda2 nak ke umrah, mereka akan minta nasihat tentang pil untuk melambatkan haid ini. Ya, memang ada pil untuk melambatkan haid. Meh Ain nak cerita.

Pil melambatkan haid ini, kandungannya ialah norethisterone, sejenis hormon wanita progesteron yang menghalang rahim daripada meluruhkan dinding sebelah dalamnya (tanda haid bermula). Kalau nak lebih faham boleh tengok gambar kat bawah ni.

Pil melambatkan haid, berfungsi dengan cara menghalang dinding rahim dari 'luruh' (tanda haid bermula)

Bermula dengan 'ovulation' (dalam gambar, yang warna biru), telur (ovum) dihasilkan. Paras hormon progesteron tinggi. Selepas itu, dinding rahim akan mula menebal (dalam gambar, yang warna oren). Apabila ada persenyawaan dengan benih dari lelaki (sperma), dinding rahim ini akan terus menebal untuk menyokong kehamilan. Tapi kalau tak ada sperma, paras progesteron akan menurun, menyebabkan dinding ini akan 'luruh' dan haid bermula. Jadi, pil melambatkan haid ni bertindak memanjangkan fasa luteal (dalam gambar, 'luteal phase') ini dan menghalang haid terjadi.

Untuk melambatkan haid, pil ini boleh diambil dalam dos 5mg tiga kali sehari, setiap hari pada waktu yang sama, bermula dari hari ketiga sebelum expected haid kita, berterusan sehingga bila kita nak haid kita datang semula, Contohnya, kalau haid kita dijangka pada 30 Oktober, kita boleh mula ambil pil ini pada 27 Oktober dan berterusan sehingga kita dah bersedia untuk haid kembali.

Selama mana kita boleh makan pil untuk melambatkan haid ini? Pil melambatkan haid ini selamat dimakan sehingga 17 hari sahaja, Sebab lepas dari tempoh masa tu, macam-macam kesan sampingan yang serius boleh berlaku.

Dapatkan konsultasi penuh tentang pil untuk melambatkan haid (atau apa saja ubat) terutamanya kesan sampingan supaya kita lebih alert kalau ada apa-apa terjadi.

Kebanyakan kes, pesakit tak melaporkan kesan sampingan. Tapi kalau kesan sampingan yang biasa-biasa tu seperti naik ruam, kegatalan, pening, sakit kepala, loya dan kemurungan. Possible jgak kesan sampingan yang lebih serius seeprti salur darah tersumbat (thrombosis), bengkak (fluid retention), darah tinggi dan migrain. Apa pun kemusykilan, segeralah berjumpa doktor ya.

Oh ya. Pil melambatkan period ni bukan kaedah untuk mencegah kehamilan tau (read : BUKAN). Jangan memandai nak buat macam sejenis contracetion plak.

So, bila dah stop pil melambatkan haid ni, kebiasaanya haid akan kembali selepas beberapa hari, bergantung kepada badan masing-masing. Sebab ianya sejenis hormon, badan kita pun nak 'adjust' semula lepas kita dah stop pil ini. Kalau haid masih tak datang juga selepas beberapa ketika, apa nak buat? Buatlah UPT (Urine Pregnancy Test), mana tahu rupa-rupanya dah mengandung. Hehe.

Kalau untuk yang jenis haid tak menentu (tak regular), agak susah nak agak bila expected next haid kan. Jadi, bertawakkal dan berdoa ja banyak-banyak.

Lagi satu yang penting, elakkan mengambil pil untuk lambatkan haid ni, dengan ubat-ubat berikut, kerana boleh mengganggu fungsi ubat2 ini:
  • Carbamazepine
  • Tetracyclines, rifampicin, co-trimoxazol
  • Antiviral medicines to treat HIV
  • Anticancer medicines
  • Herbal preparations containing St John’s Wort (Hypericum perforatum
  • Ciclosporin (for suppressing the immune system)
  • Medicines for high blood pressure
  • Rifamycin
  • Warfarin
  • Sex hormones
  • A statin for high cholesterol
  • Griseofulvin

Ok, tu saja. Thank you sudi baca. Semoga bermanfaat. :)

13 comments:

  1. Terima kasih perkongsian..lazimnya jemaah umrah dan haji wanita yang ambil pil ini selain atlit wanita kalau tak silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama PC. betul tu. yang nak ke umrah biasanya ambil.

      Delete
  2. Terima kasih ain atas perkongsian..
    Oo.. Ada rupanya pil utk melambatkan haid.. Ira baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Ira. Ya betul, ada. Nanti ada rezeki Ira buat umrah/haji, boleh ambil pil ni untuk keselesaan masa ibadah.

      Delete
  3. wow. good info. aa, amat diperlukan jika pergi umrah. btw, kalau depo (suntikan untuk cegah kehamilan) kandungan dia sama ke dengan benda ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depo untuk cegah kehamilan. Pil Norcolut ni bukan ya.

      Delete
  4. waa.. ade eh pil lambatkan haid.. bagus2.. senang untuk jemaah umrah dan haji.. ke benda ni memang dah lama ada ? tapi kakak tak tau ? hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee lama dah ada kak. Mungkin kita yang baru tahu hihi

      Delete
  5. Terima kasih perkongsiannya Ain... bila baca ada kesan sampingan tu mcm ngeri pulak nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak perlu tak payah cuba mak. Kalau perlu plak, just ambil ikut nasihat doktor saja. :)

      Delete
  6. Assalamualaikum. Means kena stop ubat² dlm senarai tu sepanjang tempoh mkn norethisterone ke?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Maknanya..kena stop mkn ubat² dalam senarai tu sepanjang tempoh mkn norethisterone ke? Anak dara boleh makan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarakkan pengambilan dengan ubat-ubat tu pun ok. Supaya tak mengganggu penyerapan dan action masing. Anak dara boleh makan.

      Delete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>