Friday, October 13, 2017

Ada Apa Dalam Set Bersalin Shaklee

Ada apa dalam Set Bersalin Shaklee?

Bagi ibu baru bersalin yang tercari-cari set bersalin terbaik, Set Bersalin Shaklee lah jawapannya. Set Bersalin Shaklee terdiri daripada gabungan mantap tujuh suplemen yang membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan anda, membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan anda di samping memberi bayi anda nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.


Ada jgak yang tanya, Set Bersalin Shaklee ni sama tak dengan Set Berpantang atau Menyusu Shaklee. Ya, sama sahaja ketiga-tiga set ini. Cuma semasa berpantang, fungsi sesetengah suplemen lain, semasa menyusu fungsinya lain. Masa berpantang pun ibu menyusu jgak kan. Hehe.


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS (MAL13085068NC)


Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Termasuk dalam Set Bersalin Shaklee, kerana sifat antioksidannya yang tinggi, daripada ekstrak jagun asli. Dengan sistem 'sustained release'nya, vitamin C ini membekalkan 500mg vitamin C (100mg setiap jam), sepanjang 5 jam yang berterusan setiap hari.

Bukan sahaja berupaya menguatkan sistem imun ibu dan bayi (melalui susu ibu), malah juga mencantikkan kulit ibu dan bayi. Paling mengujakan, luka (episiotomi atau pembedahan cesar) si ibu cepat sembuh dan stretchmark pun cepat pudar. Juga bersifat anti-histamin atau anti alergi.

Cara pengambilan : Sebiji sehari pagi
Digalakkan ambil bersama Vitalea (vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dalam Vitalea)


OMEGA GUARD (MAL12015013NC)


Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. Omega Guard di dalam Set Bersalin Shaklee, bertindak mencegah si ibu dari mengalami postpartum depression (meroyan). Itulah yang tidak diingini oleh ibu-ibu dalam berpantang kan?

Untuk ibu menyusu, minyak ikan sangat baik untuk perkembangan otak dan mata bayi, kerana mengandungi peratusan DHA, EPA tertinggi berbanding minyak ikan jenama lain, iaitu sebanyak 90% bagi setiap hidangan.

Cara pengambilan : 3 biji selepas makan malam


VITALEA IRON FORMULA (MAL07081506XC)


Multivitamin yang telah berusia lebih 100 tahun ini, memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum. Amat penting bagi ibu menyusu mendapat nutrisi yang secukupnya, kerana proses kelahiran itu sudahpun menjadi suatu stress yang besar kepada ibu dan bayi. Dengan nutrisi yang cukup setiap hari, proses-proses kimia di dalam badan akan berjalan lancar. Dengan itu, membekalkan tenaga untuk si ibu untuk pemulihan kesihatan selepas bersalin.

Cara pengambilan : 2 biji sehari selepas sarapan


B COMPLEX (MAL12035068NCZ)


Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Cara pengambilan : 2 biji sehari pagi atau malam


ALFALFA COMPLEX (MAL10053686XC)


Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang menyusukan anak. Mengandungi klorofil 4 kali ganda lebih banyak dari sayuran berdaun hijau yang lain.

Bertindak sebagai 'jamu moden' dan 'kacip fatimah moden', membuang angin dalam badan, memanaskan badan, dan memperbanyakkan susu ibu (milk booster yang sangat berkesan). Tidak sesuai diambil sekiranya bayi mengalami jaundice (kuning) atau masalah kesihatan lain (sila rujuk doktor terlebih dahulu) kerana kandungannya diperbuat daripada herba Medicago sativa.

Cara pengambilan : 10 biji sehari
Boleh dimulakan dengan dos yang rendah dahulu dan naikkan bilangan tablet jika perlu (rujuk pengedar Shaklee). Banyakkan pengambilan air kosong, 2-3 liter sehari.



OSTEMATRIX (MAL07081510XC)


Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Dalam Set Bersalin Shaklee, Ostematrix membantu melegakan sakit belakang, pinggang dan badan, menjadikan ibu sentiasa bertenaga, mendapat tidur berkualiti walaupun berjaga beberapa kali untuk menyusukan bayi. Mengatasi masalah sembelit ibu selepas bersalin.

Cara pengambilan : 4 biji sebelum tidur


ENERGIZING SOY PROTEIN, ESP


Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Antara sebab kenapa protein sangat penting dalam Set Bersalin Shaklee:

  • membekalkan tenaga berpanjangan (ibu selepas bersalin telah begitu letih menggunakan tenaga yang banyak semasa melahirkan, baik secara normal atau pembedahan)
  • lebih mengenyangkan ibu dan bayi menyusu
  • mempercepatkan penyembuhan luka, kerana protein bertindak memperbaharui sel-sel kulit
  • memudarkan stretchmark
  • membantu perkembangan bayi yang disusukan
  • sebagai milk booster yang baik (protein diperlukan untuk menghasilkan susu ibu)

Cara pengambilan : 3 sudu besar sehari
Diambil semasa perut kosong, dibancuh dengan air kosong atau sedikit suam (BUKAN air panas kerana protein akan musnah pada suhu tinggi), boleh dicampur dengan apa2 air kegemaran (contoh : Milo, sunquick, ribena, blend bersama buah-buahan)


Set Bersalin Shaklee

Bacaan lanjut tentang testimoni:






Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth
Poslaju ke seluruh Malaysia

2 comments:

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.