Friday, October 6, 2017

8 Kesalahan Dalam Rawatan Jerawat

Korang yang selalu naik jerawat kat muka, boleh check balik, pernah tak buat top 8 kesalahan2 ni.

Pernah baca entri sebelum ni tentang JERAWAT DAN PETANDANYA?


#1 "TAK CUKUP LAMA"


Dia kira nak kesan cepat ja! Hei kawan. Jerawat tu memang secepat kilat dia boleh muncul. Tapi nak menyahkan ia, ambil masa tau. Berapa lama masa tu? Kata Barbara R.Reed, MD, seorang professor dermatology, untuk penyembuhan kulit dari jerawat, memerlukan antara 6 hingga 12 minggu lamanya. Jadi, bersabar lah ya.


#2 TERLALU BANYAK PRODUK DALAM SATU MASA


Tak nampak kesan dalam beberapa hari, dah tukar kepada produk lain. Tak nampak kesan lagi, tukar lagi dan lagi dan lagi. Ada juga produk yang menyebabkan iritasi pada kulit dan apa yang terjadi, kulit kita akan stress!

Bila kulit stress, jerawat membesar, berpotensi membentuk pigmentasi, akan membentuk parut di muka juga. Jadi, jangan stresskan kulit muka kita.


TERLEBIH SCRUB DAN TERLEBIH MENCUCI KULIT MUKA


Scrub kulit sebenarnya boleh memudaratkan jerawat, kerana ianya merosakkan lapisan pelindung kulit. Sebaiknya, cucilah muka dengan pencuci muka yang tidak menyebabkan iritasi dan mempunyai pH yang balance dengan baik. Bilas muka pun, pastikan bersih kerana sisa pencuci yang tertinggal boleh jadi memedihkan muka.


Bagi yang bermasalah jerawat, pilihlah produk 'noncomedogenic' atau 'for acne-prone skin'

PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH


Buat yang kerap naik jerawat, pilihlah produk yang "noncomedogenic", iaitu yang tidak mengandungi bahan yang boleh menyumbatkan liang pori. Boleh juga cari produk yang tertulis "for acne-prone skin".

Produk kecantikan, mekap dan lain2, boleh mengandungi bahan2 yang menyumbatkan liang pori, seperti isopropyl palmitate, isopropyl myristate, butyl stearate, isopropyl isostearate, decyl oleate, isostearyl neopentanoate, isocetyl stearate, myristle myristate, cocoa butter, acetylated lanolin.


MEMICIT JERAWAT


Memicit jerawat melambatkan penyembuhan jerawat. Bahan yang menyumbatkan liang pori boleh tertolak lebih jaun ke dalam, menyebabkan bengkak lebih teruk. Ada risiko berparut juga ya.

Jangan picit jerawat!

TERLALU LAMBAT BERJUMPA PAKAR KULIT


Bila jerawat teruk dah mengganggu keyakinan diri, atau adanya parut teruk, atau jerawat semakin teruk, atau jerawat tak surut dengan ubat makan, inilah masa terbaik untuk dapatkan konsultasi dari pakar kulit.


MAKAN UBAT DOKTOR PAKAR TAK HABIS ATAU BERLEBIHAN DARI YANG SEPATUTNYA


Tak habis makan tu memang menyebabkan jerawat tak surut dengan baik. Terlebih ambil dari yang sepatutnya pun tidak akan menyembuhkan kulit dari masalah jerawat. Jadi, ambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor pakar, dan teruskan followup sehingga baik.


TERUS STOP UBAT JERAWAT BILA JERAWAT HILANG


Sebaiknya, turunkan 'dos' ubat secara berperingkat. Contohnya, kalau sebelum tu kita guna dua kali sehari, boleh turunkan kepada sehari sekali sahaja. Sampai off ubat tu. Kata Reed, kebiasaannya jerawat mengambil masa 4-6 minggu untuk muncul kembali.

Muka berjerawat, ada jalan penyelesaiannya.

Macam mana pula dengan Tips Cegah Jerawat? Ain pernah share kat blog ni kat SINI. Terima kasih sudi baca sampai habis.

Nak konsultasi suplemen Shaklee untuk masalah jerawat, boleh roger je Ain bila2 yam Sedia membantu. Meh meh. :)


Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth
Poslaju ke seluruh Malaysia



Sumber : www.webmd.com

4 comments:

  1. Tang picit jerawat tuh memang syok..tp kena Hadap la parut lps Tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul. klo jerawat yang ada mata warna putih tu lagi syok. lega lps picit. hihihi

      Delete
  2. maklumat berguna ,jemput singgah blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.