Wednesday, October 11, 2017

6 Tanda Seorang Wanita Sedang Subur

Nak pregnant atau nak cegah pregnant secara semulajadi, kena ambil tahu enam tanda wanita sedang subur.

Tahu tak, badan orang pompuan ni akan ada tanda bila tengah subur. Ini disebabkan oleh perubahan fisiologi (perubahan hormon wanita) dalam badan kita. Jadi, agak penting seorang wanita, especially yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, ambil tahu akan tanda-tanda ini. Sebab masa inilah masa terbaik untuk bersama suami supaya chances persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dan telur wanita (ovum) paling tinggi, untuk mengandung. Kalau nak merancang plak, eloklah berjaga-jaga masa subur ni. Hehe. Ok.  Jom check it out apa tanda-tandanya.



1) KALENDAR HAID


Kira Kitar Haid


Kaedah ini hanya untuk yang mempunyai kitar haid yang regular sahaja. Regular di sini maksudnya, kita boleh kira bila next had kita. Ada orang kitar haidnya 30 hari, ada yang 26 hari, ada yang 2 bulan sekali, ikutlah masing-masing. Nak kira berapa hari kitar haid kita, ialah dengan mengira hari pertama haid bulan ini, sehingga hari sebelum next haid. Contoh bulan lepas haid kita first day pada 1 September. Bulan ni 30 Oktober hari first. Jadi kitar haid kita ialah 30 hari. Bukan ambil kira jarak hari pertama haid dalam 2 bulan saja ya. Kira dalam masa 6 bulan paling kurang.

Wanita yang mempunyai kitar haid yang tetap boleh tahu waktu subur hanya dengan kalendar haid.

Kira Waktu Ovulasi


Waktu ovulasi (telur/ovum dihasilkan) kebiasaanya berada di tengah-tengah kitar haid seseorang. Contohnya kalau kitar haid kita 30 hari, besar kemungkinan waktu ovulasi ialah hari ke-15 atau ke-16.

Tapi ada juga yang ovulasi berlaku bukan di tengah2 kitar haid ya. Dan boleh juga berbeza dari satu kitar haid dengan kitar haid yang seterusnya. Jadi, agak susah kalau nak bergantung sepenuhnya dengan kaedah ini.

Kira Waktu Subur

Nak tahu bila hari pertama subur, ialah dengan menolak 18 dari berapa hari kitar haid kita. Contoh tadi kitar haid 30 hari. 30 tolak 18 dapat 8. Jadi waktu subur kita bermula pada hari ke-8 selepas haid bermula.

Nak tahu bila hari terakhir subur plak, ialah dengan menolah 11 dari berapa hari kitar haid kita tadi. Contoh yang sama, kalau kitr haid 30 hari. 30 tolak 11 dapat 19. Maknanya, hari terakhir waktu subur ialah hari ke-19 selepas haid.

Combine dua ni, maksudnya waktu subur kita ialah dari hari ke-8 sehingga hari ke-19 (kira dari hari pertama haid). Terbaik untuk conceive ialah 3 hari sebelum ovulasi dan pada ari ovulasi itu sendiri. Ovum wanita hanya 'hidup' untuk 12-24jam sahaja tau. Senang kan nak faham?


Kelemahan teknik ini:
  • Ovulasi tak semestinya berlaku di tengah kitar haid. Boleh berlaku antara hari ke-9 hingga ke-17 kitar haid
  • Waktu subur terlalu panjang. Kalau orang yang merancang anak, kena elakkan bersama suami agak lama la jgak. Kalau nak bersama suami, dinasihatkan menggunakan kaedah mencegah kehamilan lain seperti kondom.

Waktu paling subur seorang wanita ialah 2-3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri.


2) BASAL BODY TEMPERATURE (SUHU BADAN)


Basal Body Temperature (BBT) ialah suhu badan paling rendah bagi seseorang pada waktu rehat. Apa kaitannya dengan waktu subur (ovulasi berlaku), ialah BBT akan menurun sedikit, 1-2 hari sebelum ovulasi, kemudian menaik semasa ovulasi.

Nak tahu mudah je. Ukur suhu badan setiap pagi sebelum bangun dari katil atau buat benda lain macam makan, minum, atau apa2. Ambil suhu di tempat yang sama setiap hari (contoh bawah ketiak, dalam mulut, etc) untuk 6 bulan. Dan lama-lama kita akan dapat tahu sendiri bila hari kita akan mengalami ovulasi.

Tapi kan....rajinnya nak ukur suhu setiap pagi sampai 6 bulan?! Haha...

Next!


3) PERUBAHAN CECAIR SERVIKS (PANGKAL RAHIM)


Sebaik sahaja habis haid, cecair serviks tak berapa ada sangat pun. Kalau ada pun, ianya tebal dan melekit, mudah putus.

Elok je sebelum waktu subur, cecair serviks akan jadi banyak, jernih dan berbentuk seperti tali (tak mudah putus).

Teknik nak tahu waktu subur ni tak sesuai untuk yang ada masalah keputihan. Tak boleh nak beza, mana satu keputihan, mana satu cecair serviks. Jadi, cuba clearkan keputihan tu dulu ya. Ambik Alfalfa, sat ja hilang. Hehe (dan lagi nak promote hehe).

Cara nak tahu samada wanita sedang subur melalui cecair serviks.

4) DERIA BAU LEBIH TINGGI


Semasa ovulasi, wanita dikatakan mempunyai deria bau yang lebih tinggi, terhadap feromon androsterone lelaki.(6


5) PAYUDARA SAKIT ATAU NGILU


Ini disebabkan perubahan hormon semasa ovulasi. Wanita tertentu memang ada experience macam ni ya.


6) SAKIT PERUT BAHAGIAN BAWAH


Ada wanita, dia boleh tahu ovulasi sedang berlaku sebab adanya sakit perut bahagian bawah (suprapubic). Sakit ini boleh jadi di sebelah atau kedua,dua belah, boleh berlaku untuk beberapa saat sahaja, ataupun beberapa jam. Apa pun, sakit yang bererusan haruslah mendapat nasihat doktor.


Bertahun-tahun dah berusaha untuk dapat kan zuriat tapi hasilnya hampa? Cuba baca info tentang Set Subur Shaklee. Usaha di tangan kita. Jangan lupa berserah dan bertawakkal sepenuhnya kepada Yang Satu. Rezeki itu rahsia Allah. :)


Sumber : WebMD, thebump.com

8 comments:

  1. Bagus entry ni. sangat informatif.. kalau badan saya, paling senang nak tahu subur ke tak ialah cara yang no.2 - tengok suhu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah jarang jumpa yg boleh bezakan waktu subur dgn suhu badan. malaysia ni kan panas. hihi. saya guna kalender sebab haid regular.

      Delete
  2. Good info ainn. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni Ain buat rujukan ibu2 muda dan bakal ibu.Akak ni dulu payah nk dapat anak ,waktu subur ni lah yang ditunggu setiap bulan...akhirnya tahun ke 5 baru berhasil.

    ReplyDelete
  4. Akk kalo tgh subur byk cecair jernih tu, hehe.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pasti, tapi rasa2 date betul2 lepas period... time tu lah... hihi

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>