Tuesday, October 10, 2017

5 Tips Pemilihan Sumber Protein Yang Baik

Sebab protein sangat meluas fungsinya untuk kesihatan dan kecantikan, meh Ain nak share lima tips penting untuk memilih sumber protein mana satu yang bagus untuk kita. Sumber protein ni ada banyak. Ikan, ayam, daging, soya, tauhu, susu, kekacang dan sebagainya. Ada yang kata daging tak bagus, ada yang kata ikan paling bagus dan sebagainya. Tapi pernahkah kita terfikir, sumber protein yang manakah yang terbaik untuk kita?

Pelbagai sumber protein, yang manakah yang baik untuk dimakan?


TIPS 1 : SUMBER HAIWAN ATAU TUMBUHAN?


Kedua-dua sumber haiwan dan protein mengandungi protein yang baik. Tetapi, kebanyakan sumber protein haiwan juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit. Contohnya daging merah juga tinggi kolesterol, ikan laut tercemar juga mengandungi logam berat dan merkuri berbahaya untuk kesihatan. Lagi satu, sumber protein tumbuhan seperti soya, lebih mudah dicerna terutama untuk warga tua.


TIPS 2 : TINGGI ATAU RENDAH KANDUNGAN KOLESTEROL?


Sumber protein tumbuhan, kandungan kolesterolnya sifar.


TIPS 3 : TINGGI ATAU RENDAH KANDUNGAN LEMAK?


Sumber protein haiwan mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tidak baik untuk kesihatan jika diambil dalam jumlah yang banyak. Sementara itu, sumber protein tumbuhan bebas daripada lemak tepu dan lemak trans ini. Jadi, adalah lebih baik lebihkan sumber protein tumbuhan dalam diet seharian seperti tofu, kekacang dan bijirin yang bukan sahaja membekalkan protein yang diperlukan, malah TERmakan lemak berlebihan.


TIPS 4 : GMO ATAU NON-GMO?


GMO (Genetically Modified Organisms) ialah sumber haiwan atau tumbuhan yang telah diubahsuai genetiknya melalui teknik kejuruteraan genetik. Ini membawa pelbagai risiko kesihatan!


Sumber protein juga tak terlepas daripada diubah genetiknya (GMO), untuk menghasilkan sumber yang lebih gemuk, besar, dan membiak dengan banyak dan cepat, bagi menampung keperluan yang meningkat. Baik dari satu segi, tetapi boleh mendatangkan pelbagai mudarat kepada kesihatan.


TIPS 5 : SUMBER SEMULAJADI ATAU TELAH DIPROSES?

Adalah lebih baik untuk dapatkan protein dari sumber semulajadi dari yang telah diproses. Kerana protein yang telah diproses boleh kehilangan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Tapi kalau tak boleh nak dapatkan protein yang cukup dari diet, bolehlah mengamalkan pengambilan makanan tambahan (suplemen) yang menyediakan asid amino perlu (tak boleh dihasilkan oleh badan) dan kalsium untuk kekuatan tulang dan gigi.



ESP MEMILIKI SEMUA CIRI PROTEIN YANG BAIK!


Nak sihat pun kena ada ilmu, termasuk dapatkan tips untuk memilih protein yang baik,

  • Menyediakan 14gram protein rendah indeks glisemik

  • PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) score of 1.0 - nilai tertinggi bagi kebolehcernaan dan kualiti protein tertinggi!

  • Mengandungi kesemua 9 asid amino perlu (essential amino acids)

  • Kaya dengan kalsium. Setia hidangan menyediakan 500mg kalsium, bersamaan dengan 50% keperluan harian yang disarankan.

  • Bebas kolesterol

  • Protein soya membantu menurunkan kolesterol (jumlah protein soya yang disarankan untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah ialah sebanyak 25g sehari)

Ye ke ESP ni soya yang bagus? Ada dengar macam-macam khabar angin pasal soya kan? Ketahui Mitos Vs Fakta Tentang Soya.


Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth
Poslaju ke seluruh Malaysia

5 comments:

  1. Ibu-ibu pastinya mahukan makanan yang terbaik untuk keluarga

    ReplyDelete
  2. hihi. protein mek mungkin dari bnyk sumber tp yang main ayam :) tp tu la kan. ayam skang kena suntik nk suh gemok and cepat besar

    ReplyDelete
  3. Senang ye Ain.... dalam beberapa gram ESP dah dapat membekalkan protien yg cukup pada badan

    ReplyDelete
  4. Okay, baru faham lepas baca penerangan ni. Selalu pun memang dapatkan sumber protein haiwanlah sebab akak ni bab-bab 'tumbuhan' tak berapa gemar pulak. Tapi setakat soya tu boleh lagi telan.

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.