Tuesday, October 10, 2017

5 Perkara Idaman Wanita Kalau Dapat Protein Yang Cukup

Jadi orang perempuan ni, mostly kalut hari-hari. Kejap jadi mak, kejap surirumah berpeluh memasak kat dapur, kejap jadi babysitter anak lima dengan kerenah masing-masing, kejap jadi pekerja kat tempat masing (doktor, ahli farmasi, engineer, arkitek, cikgu, lecturer, dan lain2 - jangan kecik hati ya kalau Ain tak sebut, banyak tu nak sebut semua jenis pekerjaan hehe). Jadinya, nak habaq mai, kata jadi seorang yang bergelar WANITA ni tak mudah! Banyak nau komitmennya. Tu yang common sangat mak-mak tak cukup zat, makan pukul berapa last pun tak ingat, tidur hari ni pukul 10, esok pukul 2 pagi, macam-macam.

Kesibukan setiap hari menyebabkan ibu-ibu berkerjaya sering mengabaikan nutrisi yang diperlukan.



Dengan komitmen yang kemain banyak ni, eloklah kiranya orang pompuan ni amalkan minum air soya organik yang sangat berkhasiat. Bukan apa, soya ni sumber protein yang baik. Bila badan dapat protein baik yang cukup, settle lima perkara ni, kita mak-mak ni hari-hari senyum lebaq. Walau dugaan sepanas api di lautan, setinggi gunung Everest dan apa2 je la yang hiperbola semua tu. Gitewww..

So, apa lima perkara yang boleh membuatkan setiap yang bergelar wanita ni tersenyum sepanjang hari?


KULIT CANTIK BERSERI


Korang jangan tak percaya tau, yang bila kita bagi 'makan' kulit kita dengan protein yang berkualiti, lengkap dengan asid amino perlu yang memang sangat diperlukan badan, automatik kulit kita akan jadi glowing cantik berseri. Bukan disebabkan fungsi protein itu sendiri untuk memperbaharui dan menjaga sel kulit. Tapi sebab dalam soya ada terkandung isoflavone yang fungsinya menyerupai hormon estrogen wanita. Hormon estrogen ni salah satu 'kerja' dia ialah menyerlahkan kulit supaya awet muda. Dan memang ada kajian yang menyatakan, pengambilan isoflavone dalam soya mampu memperbaiki keelastikan kulit. Kulit glowing cantik berseri dan tegang toink toink, cer habaq mai perempuan mana tak suka?


RAMBUT & KUKU SIHAT DAN KUAT


Keguguran rambut dan kuku yang rapuh, selalu sangat disebabkan oleh kekurangan nutrisi, terutamanya protein. Kurangnya asid amino perlu (essential amino acids), menyebabkan badan kurang berupaya untuk menghasilkan keratin yang cukup. Keratin tak cukup, menyebabkan kuku mudah patah, rambut yang nipis dan mudah sangat gugur. Tak guna korang pakai syampu mahal-mahal tapi dalaman tak repair dengan baik. Pokok yang akarnya rosak, selama manalah daun yang dicat hijau boleh bertahan?


MELEGAKAN GASTRIK


Macam awal-awal Ain bagitau tadi. Mak-mak ni suka sangat TERlambat atau TERskip terus makan sendiri. Dok jaga makan minum suami, anak-anak, mentua semua, sampai keperluan diri sendiri terabai. Lepas tu mulalah sakit perut, belahak-belahak, berangin, pening, perut kembung dan sebagainya. Kalau ambil minuman protein soya kan mudah. Berkhasiat, mudah, cepat (paling penting ni sebab banyak kerja lain nak buat), kat mana-mana ja pun boleh minum.

Kajian menyatakan protein soya mengurangkan penghasilan asid dalam perut dan mengekalkan kesihatan perut. Study dah ada, kenapa perlu pilih yang lain yang tak ada study? Nak sihat pun kena ada ilmu. Dan dapatkan ilmu dari sumber dan orang yang boleh dipercayai.


MENYOKONG KEHAMILAN YANG SIHAT


Haa, bab mengandung ni mesti hampa suka. Ada baby comel dalam perut (*blink2). Nak baby sihat, mak pun kena sihat. Mak nak sihat, salah satunya kena make sure pengambilan protein berkualiti yang cukup sepanjang kehamilan. Bukan untuk mak ja na. Untuk perkembangan baby dalam kandungan skali. Pengambilan protein yang cukup secara konsisten semasa mengandung membantu perkembangan berat dan tinggi bayi, dan mengurangkan peratusan bayi kecil (low birth weight).


MENGGALAKKAN PENGHASILAN SUSU IBU


Susu ibu ialah nutrisi terbaik buat bayi yang baru dilahirkan, untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Susu ibu juga sangat kaya dengan antibodi yang menyediakan sumber pertama untuk imuniti bayi di dalam sistem pencernaan. Protein soya yang berkualiti membantu memenuhi keperluan protein yang diperlukan oleh ibu untuk menyokong perjalanan menyusu bayi masing-masing.


Lima perkara idaman wanita kalau dapat protein yang cukup

Ada masalah dengan mana-mana perkara di atas? Contoh kulit kusam, rambut banyak gugur, mengandung pun asyik bermasalah dan lain-lain? Cuba check balik protein korang macam mana. :)

Boleh jgak check Tanda Kekurangan Protein, samada ada dalam diri masing-masing atau tak. Hiii

Sekian. Terima kasih sudi baca. :)

7 comments:

  1. Perempuan mana tak mahu cantik..
    Banyak khasiat yang boleh kita dapat dari soya ni

    ReplyDelete
  2. betul wakkkkk.. cukup protein kulit memang chans gile.. hee~

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing...
    ooo,baru tau kalau kurang protein, tu yang boleh jadi pelupa juga...

    ReplyDelete
  4. Nice info tentang soya, wife ada gastrik nanti bolehlah cuba tips minum soya tu...

    ReplyDelete
  5. Pompuan yg bekerjaya mmg hebatkan.... Hebat di tempat kerja dan hebat dirumah. Syabas Ain!
    Hakak ni kalau di beri protien lebih tak taulah apa nak jadi Ain...tambah tembunlah agaknya mcm dipam pam badan ni ha hihi

    ReplyDelete
  6. Baru tadi saya baca pasal ESP shaklee. Saya share sikit kat fb.

    ReplyDelete
  7. Memang semua tu perkara idaman wanita. Nak jaga makan minum tu yang agak payah cket. lagi2 kalau tak makan sayur ni. hehe

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.