Tuesday, September 26, 2017

8 Tips Mudah Hilangkan Double Chin

Tips Hilangkan Double Chin | Mesti masing-masing dah pegang dagu masing-masing or belek muka kat cermin kan? Hihihi. Double chin ni common sangat di kalangan kita especially yang dah beranak atau mempunyai masalah berat badan. Teringat dulu-dulu ada orang pernah ajar, nak hilangkan double chin, rajin-rajinlah tepuk dagu dengan belakang tangan. Entah betul entah tak. Haha.

Tips Hilangkan Double Chin

APA ITU DOUBLE CHIN?


Double Chin ialah lapisan lemak di bawah dagu (submental fat) yang terhasil disebabkan pertambahan berat badan, kulit kurang anjang, faktor usia. Of course, bila dah ada double chin ni, akan mengganggu penampilan wajah. Kalau artis-artis atau jenis yang mementingkan penampilan, konfem tidur pun tak lena kalau dah ada double chin ni. Ye ke? Hehe

So hari ni, Ain nak share beberapa tips yang boleh korang prektik untuk hilangkan double chin. Nak berjaya kena buat dengan konsisten. Bukan buat seminggu dua, terus nak harap dagu 'slim' balik. Haha.


8 TIPS SEMULAJADI HILANGKAN DOUBLE CHIN


6 SENAMAN DAGU


Ada 6 jenis senaman dagu untuk menguat dan memberi tona kepada otot-otot di sekitar double chin.

1. Straight Jaw Jut

  • Kepala dongak ke siling
  • Tekan dagu ke depan supaya dapat merasa regangan di bahagian dagu
  • Kira sehingga sepuluh
  • Kembali ke posisi kepala asal

Tips Hilangkan Double Chin - Jaw Jut (Source : Google)

2. Senaman Bola

  • Letakkan bola sebesar 9-10 inci di bawah dagu
  • Tekan dagu melawan bola itu
  • Ulang 25 kali

3. Pucker Up / The Kiss

  • Kepala dongak ke siling
  • Buat mulut seolah-olah sedang mencium siling. Regangan akan dapat dirasakan di bahagian bawah dagu
  • Kembali ke posisi kepala asal

Tips Hilangkan Double Chin - Pucker Up (Source : Google)

4. Tongue Stretch

  • Dengan kepala tegak pandang ke depan, keluarkan lidah sejauh yang mampu
  • Angkatkan lidah ke atas ke arah hidung
  • Tahan 10 saat
  • Kembali ke asal

5. Neck stretch / Neck Roll

  • Kepala dongak ke siling
  • Di dalam mulut, tekan lidah ke arah lelangit
  • Tahan 5-10 saat
  • Kembali ke asal

Tips Hilangkan Double Chin - Neck Roll (Source : Google)

6. Bottom Jaw Jut

  • Kepala dongak ke siling
  • Kemudian pusing kepala ke kanan
  • Slidekan rahang bawah ke depan
  • Tahan 5-10 saat
  • Ulang dengan kepala pusing ke kiri pula

TIPS PEMAKANAN SIHAT


Amalkan...
  • pengambilan 4 hidangan sayur-sayuran setiap hari
  • pengambilan 3 hidangan buah-buahan setiap hari
  • Gantikan refined grain kepada whole grain
  • pengambilan protein (ikan, ayam, etc)p
  • pengambilan minyak 'sihat' seperti kekacang, minyak zaitun, avocadom
  • makanan tenusu rendah lemak (susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, etc)
  • Cuba kawal portion makanan


Elakkan...
  • processes foods (hotdog, fishball, burger, etc)
  • makanan bergoreng
  • makanan manis atau tinggi kandungan gula

Dengan berdisiplin dengan corak pemakanan sihat, makin lama akan makin kurus. Badan kurus, muka pun akan jadi slim. Maka boleh lah hilangkan double chin.

Pemakanan seimbang ialah salah satu tips penting hilangkan double chin.

SENAMAN FIZIKAL


Untuk boost kehilangan berat badan, Mayo Clinic menyarankan senaman selama 300 minit seminggu, atau 45 minit setiap hari.

*******

Source : Google - Kalau baby double chin comel la. Kalau adult? 😜

Ok, itu saja 8 tips (6 senaman dagu + diet + senaman) untuk hilangkan double chin. Selamat mencuba! 😊

Jemput share dengan kawan-kawan lain juga. Ramai kan ada masalah double chin ni.


(Artikel asal di SINI)

4 comments:

  1. Kalau dah masuk triple chain tu memang kena senam betul2, takut kolestrol dah tinggi sangat...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. boleh cuba ni.. dagu pun dh semakin berdouble triple ni

    ReplyDelete
  3. Mana nk Cuba lah.. mmg dah berdouble chin dah ni

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.