Pages

Wednesday, September 20, 2017

Krisis Pemulihan (Healing Crisis), Wujudkah Ia?

"Is A Healing Crisis (krisis pemulihan) Really Healing?"

"Paling senang nak faham kenapa terjadinya krisis pemulihan (healing crisis) contohnya seseorang yang tak pernah makan sayur, tiba-tiba ada kesedaran tentang kesihatan dan mula mengambil sayur dalam diet seharian. Apa yang berlaku biasanya orang ini akan mengalami sakit perut. Jadi, adakah sayur itu tidak baik untuk badan kita?" Teringat kata-kata saintis Shaklee, Dr.Bruce Daggy (of course talk beliau dalam English, ni Ain translate je tau), waktu beliau hadir memberi talk dalam Landmark Study Roadshow beberapa bulan lepas.

KENAPA TERJADINYA KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?


Cuba korang bayangkan...pemakanan tak sihat, stress hari2, balik kerja terdedah kepada pencemaran udara (asap kenderaan), merokok (atau perokok sekunder), penggunaan bahan kimia berlebihan (contoh mekap, sabun pencuci tinggi bahan kimia) dan lain2....semua ni menyebabkan toksin akan sedikit demi sedikit berkumpul dalam badan kita. Orang kata 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. 

Bila pada suatu hari, badan kita dapat makanan yang sihat, akan berlaku proses krisis pemulihan (healing crisis) ni. Kenapa? Sebab ini merupakan tindak balas badan kita kerana badan kita dah punya lama kekurangan khasiat. Macam Dr.Daggy cakap tadi tu. Seolah2 badan kita 'terkejut' dengan 'environment' baru, lalu mula 'bekerja' untuk membersihkan badan dari toksin.

Salah satu krisis pemulihan (healing crisis) contohnya lepas ambil vitamin C jerawat keluar lebih banyak.


BILA KITA SUSPEK YANG ITU ADALAH KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?


Krisis pemulihan (healing crisis) boleh jadi apa saja. Daripada cuma pening kepala sahaja, sehingga kepada batuk2 teruk, kahak berdarah dan lain2. Biasanya, depends on badan masing2 juga. Kalau seseorang tu ada penyakit apa2, simptom krisis pemulihan (healing crisis) tu biasanya berkaitan dengan penyakit orang tu.

Senang cerita lah kan, kalau orang tu bermasalah jerawat, bila ambil suplemen, tiba2 jerawat keluar lagi banyak. Ada jgak orang tak ada or ada sikit je jerawat, jadi naik jerawat yang banyak.

Krisis pemulihan (healing crisis) selepas Alfalfa, jerawat naik lebih dahsyat (take note September 2016 to November 2016). Dan selepas beberapa bulan (still continue Alfalfa), kulit dah licin (April 2017). Nak baca kisah asal boleh klik SINI.

Contoh lain, ayah mertua Ain sendiri. Ada resdung yang agak teruk. Everytime balik kampung ja mesti complain bersin2 continuous, kita yang tengok pun rasa terseksa. Suatu hari Ain bagi Vitamin C. Katanya, makan Vitamin  C tu, lagi teruk resdungnya, Siap keluar kahak warna coklat gelap jgak. Ain bagitau itu ialah krisis pemulihan (healing crisis). Lama2 makan, terus hilang semua simptom tadi. Dan sekarang, rasanya dah lama tak dengar apak complain pasal resdung dah,. Balik kampung pun kami tengok apak happy je. Alhamdulillah kan? 😊


BAGUS KE TAK KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS) NI?


Bagus lah kan. Dah benda2 'jahat' (toksin) disingkirkan, mestilah lepas tu proses2 dalam badan lebih lancar. Kalau tak tu, asyik2 ada 'roadblocks', terganggulah fungsi. Bila dah clear, kita akan rasa lebih sihat.

HC = healing crisis (krisis penyembuhan)


BERAPA LAMA KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS) INI?


Depends on badan masing2. Ada orang tak mengalami krisis pemulihan (healing crisis) ni langsung. Ada yang beberapa hari, berminggu2 & even berbulan2!

Bertabahlah menghadapi ya. Kata nak sihat nak cantik. 😁


APA NAK BUAT BILA ADA KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS) NI?


Rilek. Bertenang dulu. Jangan terus tuduh melulu produk yang korang pakai or ambil tu. Cuba tanya pengedar produk tu. Dapatkan konsultasi yang betul.

Kalau macam produk Shaklee, Ain yakin tak memudaratkan badan. Dah ada Landmark Study kan. Bukti dari kajian sains sendiri. Kalau produk lain Ain no komen. Hehe.

Kalau produk Shaklee, pastikan air kosong korang minum banyak tau. Antara 2-3 liter sehari should be ok. Air ni kalau korang belum tau lagi, merupakan 'agen' detox paling powerful tau. Jadi kena ingat. Nak cantik, nak sihat, minum air kosong banyak2. Tau. Hehe.

Lagi apa boleh buat bila ada krisis pemulihan (healing crisis) ni? Korang boleh cuba kurangkan 'dos' suplemen tu. Sampai badan korang dah rasa ok, then nak back to standard dose balik, should be fine je.

Pastu, dapatkan rehat yang cukup, tidur yang berkualiti, sebab semua ni bantu healing process itu jgak.

Tak semua simptom yg ada ialah krisis pemulihan (healing crisis). Simptom yang lebih serius, sebaiknya ke klinik atau hospital, dapatkan pendapat doktor.


Habis. Tu ja nak cerita pasal krisis pemulihan (healing crisis). Tak sangka jadi macam panjang plak. Kalau berminat dengan suplemen untuk detox usus, boleh terus ke HERBLAX ni ya.

TQ baca sampai habis. 😊

8 comments:

  1. Ain, pertama kali dulu saya makan vivix tak ada pun HEALING CRISIS. Lepasvtu saya sambung dgn makan alfafa pun tak ada krisis pemulihan. Biasa je. Saya continue makan dua dua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam saya bagitau kat atas ni. Tak semua orang ada healing crisis. Saya pun setakat ni makan banyak suplemen Shaklee, tak ada healing crisis juga Alhamdulillah :)

      Delete
  2. Mula-mula nak lalu healing crisis ni hati kena kental sebab biasa nya process ni makan masa..Tapi lebih baik macam tu dari hasil cepat tapi memudaratkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak semua yang tak baik di mata kita, adalah tak baik. Tak semua yang baik di mata kita (contoh: kulit jadi putih dalam sehari), adalah baik. :)

      Delete
  3. Berapa lama healing crisis lepas minum vivix? Saya hadapi sakit dada , sesak nafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Healing crisis bergantung kepada badan masing2. Kalau hadapi simptom yang membimbangkan, better jumpa doktor untuk diagnosis. Ramai je yang tak checkup terlebih dahulu sebelum start suplemen, kemudian bila ambil suplemen, 100% menyalahkan suplemen (walaupun memang ada 'suplemen' yang memudaratkan). Saya cadangkan supaya buat medical checkup dahulu especially kalau berusia lebih 40 tahun.

      Delete
  4. Berapa lama healing crisis lepas minum vivix? Saya hadapi sakit dada , sesak nafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Healing crisis bergantung kepada badan masing2. Kalau hadapi simptom yang membimbangkan, better jumpa doktor untuk diagnosis. Ramai je yang tak checkup terlebih dahulu sebelum start suplemen, kemudian bila ambil suplemen, 100% menyalahkan suplemen (walaupun memang ada 'suplemen' yang memudaratkan). Saya cadangkan supaya buat medical checkup dahulu especially kalau berusia lebih 40 tahun.

      Delete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)