Friday, September 22, 2017

10 Tips Kulit Cantik Semulajadi

10 Tips Kulit Cantik Semulajadi

Nak kulit kekal cantik berseri, cuba amalkan 10 Tips Kulit Cantik Semulajadi ini. Pakai krim atau skincare yang mahal-mahal pun, takkan mampu menjamin yang khasiat dari skincare tersebut akan masuk jauh ke dalam kulit. Betul kan?

#1 WHAT YOU EAT MATTERS


Nak kulit cantik semulajadi, amalkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kaya dengan antioksidan.

Macam biasalah, cerita pasal cantik semulajadi ni, mestilah hasilnya dari dalam. Means, apa yang kita makan tu lah yang menentukan bagaimana kita di luar. Mengamalkan pemakanan kaya sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi antioksidan seperti beta-karoten, vitamin A, C dan E, mampu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas. Kalau tak boleh nak telan yang semulajadi, suplemen semulajadi kan ada.


#2 GIVE ME H2O!

Air putih yang cukup adalah faktor penting untuk kulit cantik semulajadi.

Logik sangat yang air penting untuk kulit cantik semulajadi. Ini kerana air merangkumi 64% kulit kita. Pengambilan air kosong yang cukup menjadikan kulit lebih tegang, kedutan dan pori pun kurang kelihatan.

Bukan itu sahaja tau. Ada banyak struktur dalam kulit yang perlukan air untuk berfungsi dengan baik termasuk menyokong kolagen untuk kulit berseri, tampak sihat dan lembap.


#3 POSISI TIDUR


Haa, korang tidur macam mana biasanya? Kalau nak kulit cantik semulajadi, kena ambil tahu juga apa kesan posisi tidur yang berbeza terhadap kesihatan kulit.

Yang suka tidur meniarap dengan keseluruhan muka atau sebelah muka menghadap bantal, lama kelamaan akan menyebabkan kedutan atau garisan di dahi atau pipi. Cubalah tidur berbaring menelentang atau gunakan sarung bantal daripada kain satin atau sutera. Kesan-kesan tak best tadi tu, dapat kita minimakan.


#4 GUNAKAN SUNBLOCK BILA PERLU


Salah satu 'musuh' kulit cantik semulajadi ialah sinar matahari berlebihan.

Sinaran matahari yang sedikit, ok la, acceptable untuk bantu hasilkan vitamin D. Tapi kalau dah berjam-jam berjemur, itu namanya nak cari nahas. Ekekeke. Sebab pendedahan kepada sinar matahari berlebihan merosakkan elastin di dalam kulit, menjadikan kulit rosak, meregang dan akhirnya lebih 'fragile'.

Jadinya, kalau tahu akan berjemur lama, siap siaga lah dengan sunblock nya ya. Lagi satu tips, lebihkan pengambilan carotenoids sebab ianya membantu melindungi kulit daripada kerosakan.


#5 MOISTURISE, MOISTURISE, MOISTURISE


Lepas cuci muka, bila kulit muka dah bersih dan lebih lembap dari biasa, waktu inilah waktu paling sesuai untuk 'lock' kelembapan extra ni. Caranya dengan menyapu krim pelembap wajah. Wajah lembap, barulah nampak kulit cantik semulajadi.


#6 SLEEPING BEAUTY


Wakti tidur ialah waktu badan kita berehat. Juga waktu di mana banyak proses repair2 berlaku. Semasa fasa 'tidur lena' (deep sleep), akan ada peningkatan dalam hormon pertumbuhan (growth hormones) yang membenarkan proses membaiki sel2 rosak berjalan.

Tidur tak berkualiti, menjejaskan proses baikpulih sel2 tadi. Dah macam mana nak dapat kulit cantik semulajadi? Yang akan dapat, ialah eyebags, mata panda, kulit kering dan kedutan!


#7 TANGANI TEKANAN DENGAN BERSENAM


Bersenam bagus untuk kitaran darah yang lancar bagi mendapatkan kulit cantik semulajadi.

Tekanan menyebabkan tindakbalas kimia di dalam badan yang menjadikan kulit lebih sensitif dan reaktif. Penyelesaiannya, pergilah beraktiviti fizikal supaya berpeluh. Sebabnya, berpeluh ialah cara semulajadi untuk menyingkirkan toksin yang terkumpul di bawah kulit.

Selain itu, senaman melancarkan pengaliran darah, menjadikan kulit kemerahan, kulit pun nampak cantik semulajadi. Blusher semulajadi gitewww!


#8 HANDS OFF


Kalau belum tahu lagi, tangan kita ni merupakan pembawa berjuta-juta kuman dalam satu-satu masa. Jadi, ada baiknya kita cuci tangan sebersih-bersihnya sebelum menyapu apa-apa skincare ke kulit wajah. Semudah menggosok mata, menyentuh pipi atau memegang dagu, boleh menyebarkan kuman dari tangan ke kulit muka. Jadi, nak kulit cantik semulajadi, jangan sesuka hati nak sentuh muka sana sini. Hihihi.


#9 URUTAN WAJAH


Urutan wajah melancarkan pengaliran darah, menjadikan kulit sihat semulajadi.

Urutan, di bahagian mana sekalipun, melancarkan pengaliran darah. Urutan wajah pula merangsang pengaliran darah untuk menggalakkan pembuangan toksin yang terkumpul. Urutan juga merangsang fibroblast di dalam kulit untuk membebaskan kolagen lalu mengembalikan keelastikan kulit, menjadikan kulit berseri dan membaiki kelembapan kulit.


#10 SENAMAN WAJAH


Kat muka kita ni, ada lebih daripada 50 otot yang berbeza. Otot2 ini perlukan senaman, sebagaimana otot2 bahagian lain perlukan.

Ini ada 4 steps untuk mendapatkan kulit cantik semulajadi melalui senaman wajah:

Senaman wajah untuk kulit cantik semulajadi.

  1. Angkat kening, kedutkan dahi. Tahan 5 saat kemudian rehat..
  2. Kerutkan muka. Tahan 5 saat kemudian rehat.
  3. Tutup mata rapat2 & jelirkan lidah. Tahan 5 saat kemudian rehat.
  4. Buka mata dan mulut seluas yang boleh. Tahan 5 saat kemudian rehat.
  5. Ulang 3 kali sehari.
Ok, itu saja. Selamat mencuba. 😊

Berminat untuk mencuba Set Radiant 4 untuk kecantikan? Ain 0164214704

6 comments:

  1. kena buat senaman wajah macam tu la.. mcm best ajer. tq for sharing tips ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tergelak pun ada bila buat senama muka ni depan cermin haha

      Delete
  2. Tq ainniah mama nak buat lah semua Tu.

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>