Wednesday, September 27, 2017

10 Jenis Najis Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Part 2

10 Jenis Najis Bayi

Ok, Ain sambung info dari tajuk "10 Jenis Najis Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Part 1" ya. Yang belum baca dan berminat untuk baca dari awal, boleh klik tajuk tadi. Dalam Part 1 Ain dah share jenis pertama sampai kelima. Kali ni jenis keenam sampai kesepuluh. 😊

Amaran : Gambar-gambar di dalam ini adalah gambar sebenar (Sumber : BABY CENTER). Jika anda tak sanggup melihat gambar najis bayi ini, boleh abaikan entri ini atau disable media di komputer atau telefon masing-masing. Ain dahulukan entri ini dengan minta maaf. Entri ini bertujuan berkongsi ilmu dengan ibu bapa.


NAJIS BAYI DENGAN MAKANAN TAK DICERNA


(Undigested Food Poop)




Jenis Najis Bayi - Undigested Food Poop

Jangan bimbang jika 'terjumpa' cebisan makanan di dalam najis bayi anda seperti lobak merah, kacang hijau, dan sebagainya. Inilah makanan yang tak sempat dicerna sepenuhnya di dalam usus. Boleh jadi bayi anda tak habis mengunyah semua makanan di dalam mulut dan terus menelan, atau mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

Tapi kalau berterusan, kena bawa jumpa doktor ya.


NAJIS CIRIT


(Diarrhea)



Jenis Najis Bayi - Cirit


Bayi yang mengalami cirit, najis mereka lebih cair. Komposisi air jauh lebih tinggi dari yang pejal (boleh jadi air sepenuhnya). Cirit biasanya disebabkan jangkitan atau alahan terhadap sesuatu.

Yang ibu bapa perlu bimbang jika bayi berusia bawah 3 bulan, mengalami cirit 2-3 kali atau seharian cirit masih tak berhenti, kerana dikhuatiri boleh menyebabkan dehidrasi. Lagi satu kalau najis mengandungi lendir atau darah!


NAJIS KERAS / SEMBELIT


(Constipation)



Jenis Najis Bayi - Sembelit


Bayi yang mengalami sembelit, najis mereka keras seperti batu (orang kita panggil macam taik kambing 🙊). Masa membuang, bayi seakan-akan tak selesa (boleh bayangkan muka baby berkerut masa meneran). Ada juga bayi yang menangis semasa meneran sebab najis terlalu keras. Dan ada juga najis yang diikuti dengan darah kerana lubang anus telah terluka dek najis yang keras itu. Kesian kan.

Sembelit biasanya terjadi selepas bayi mula makan. Banyakkan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan semulajadi untuk melancarkan pergerakan usus bayi.


NAJIS BAYI DENGAN LENDIR


(Poop With Mucus)



Jenis Najis Bayi - Poop With Mucus


Kehadiran lendir dalam najis bayi boleh jadi disebabkan jangkitan atau alergi. Sekiranya berterusan, bawalah bayi berjumpa doktor.


NAJIS BAYI BERDARAH


(Bloody Poop)



Jenis Najis Bayi - Milk Protein Allergy


Najis bayi berdarah, samada merah terang (fresh blood) atau kehitaman (darah yang dah dicernakan).

Najis dengan darah berwarna MERAH TERANG boleh disebabkan oleh:

1) Najis normal disebabkan oleh alahan kepada protein susu (milk protein allergy)

2) Bayi sembelit (rujuk info di atas)

3) Bayi cirit berdarah tanda jangkitan kuman



Najis dengan DARAH KEHITAMAN pula, boleh disebabkan oleh bayi menelan darah ibu semasa menyusu (contoh, ibu mengalami nipple crack). Kalau berterusan, bawalah bayi berjumpa doktor untuk mengesahkan yang ianya bukan disebabkan pendarahan dari perut atau usus bayi.

*******

Terima kasih kerana membaca. Ilmu untuk dikongsi bersama. Share dengan kawan-kawan jika rasa bermanfaat (klik butang Share). 😊

7 comments:

  1. Anak dah besar, ilmu utk cucu plak, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      betul tu, anak2 dah besar...ilmu untuk cucu pulak...

      terima kasih share

      Delete
  2. belum ada anak lagi..tapi ilmu ni berguna.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Seram pulak tengok najis bayi yg berdarah tu Ain...

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>