Thursday, August 3, 2017

Pengedar Shaklee Butterworth

Assalamualaikum dan selamat pagi semua kawan-kawan dan followers blog Ain, "Pengedar Shaklee Butterworth". Terima kasih tau sudi jadi followers, especially pengkomen tegar entri-entri Ain yang tak seberapa. Sempena bulan merdeka ni, Ain saja-saja nak declare tentang blog Pengedar Shaklee Butterworth ni.

Hai semua. Saya pengedar sah Shaklee area Butterworth. Nak pos seluruh Malaysia pun no problem InsyaaAllah.

Nama diberi Ainniah Zulkefli. Isteri kepada Encik Khairil yang satu, ummi kepada tiga puteri Zara. Bekerja sebagai seorang doktor perubatan, sejak 2009. Asalnya doktor kerajaan di Hospital Seberang Jaya sampai tahun 2014 (5 tahun servis), kemudian resign dan bekerja sendiri, iaitu buat freelance locum di klinik-klinik swasta. Juga seorang pengedar sah Shaklee Butterworth sejak 2012.

Dulunya seorang anti-suplemen. Sebab banyak btol kes-kes buah pinggang rosakla, kena tipu dengan suplemen sekian-sekianla, harga tak masuk akal la dan sebagainya. Orang kata jangan benci sangat sesuatu. Nanti jadi suka sangat. Haha. Masa tu beranakkan anak first dan sangat perlukan suplemen menyusu. Inilah yang membawa Ain kepada title 'pengedar Shaklee Butterworth'.

Reason paling strong Ain jadi pengedar Shaklee Butterworth. Hanya Shaklee saja ada Landmark Study, iaitu kajian jangka masa panjang (20 tahun) yg mengkaji kesan pengambilan suplemen ke atas kesihatan. Panjang ceritanya. Nak tahu lebih, klik Landmark Study ni.

Kisah permulaan Ain 'bertemu' Shaklee, pernah Ain ceritakan kat SINI.

Jadi, dari bulan Oktober 2012, Ain seorang yang sah bergelar Pengedar Sah Shaklee Butterworth. Eh, awal-awal tu Ain tak berniat langsung nak bisnes tau. Daftar ahli just nak dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah ja. Banyak tau beza harga ahli dan retail. Kalau boleh berjimat untuk sihat apa salahnya kan?

Lepas sendiri dah rasa kesan kebaikan suplemen menyusu Shaklee, Ain rasa nak bantu ibu-ibu menyusu lain jgak berjaya dalam penyusuan. Susu ibu ni kan susu terbaik untuk bayi. Jadi, sebagai seorang pengedar Shaklee Butterworth, Ain rasa bertanggungjawab untuk membantu ibu-ibu menyusu yang bermasalah. Jadi, kalau ada ibu-ibu yang nak info detail tentang penyusuan, ada baaaanyak sangat entri yang Ain pernah share sebelum ni. Jemput klik MENYUSU untuk info lanjut ya.

Jadi pengedar Shaklee Butterworth, sebab dah jatuh cinta pandang pertama dengan set menyusu optimum ni. Dah 5 tahun consume Alhamdulillah semakin sihat. Check darah pun semuanya normal.

Selain set menyusu, jadi pengedar Shaklee Butterworth ni jugak automatik akan terjebak dengan set-set kesihatan dan kecantikan lain jgak. Orang pompuan kan, nak cantik sesaje. Hihihi. Antara suplemen lain yang ada dalam rangkaian suplemen Shaklee, boleh tengok SINI. Kot ada yang berkenan di jiwa raga hati, terus ja roger Ain kat 0164214704.

Dah nama pun pengedar Shaklee Butterworth, kawasan 'jajahan' Ain around Butterworth la haha. Kalau orang Butterworth dah deal, InsyaaAllah Ain boleh COD kat area around Butterworth. Stok always ada InsyaaAllah. Tapi orang negeri lain dont worry. Ain ada juga servis pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Jadi pengedar Shaklee Butterworth tak wajib pun simpan stok. Tapi Ain ada juga stok vitamin2 favorite return customers yang nak COD. Untuk pos no problem. Branch dekat sangat dengan rumah Alhamdulillah.

Haa, gitu kisah Ain si pengedar Shaklee Butterworth. Salam perkenalan sekali lagi ya. Semoga ukhuwwah kita dalam dunia blog ni berkekalan sampai Jannah. Terima kasih skali lagi semua ya. :)

Kalau ada kawan2 yang bisnes online jgak, jemput komen apa bisnes korang. Nak tahu jgak kot2 ada yg berkaitan, bila2 senang nak cari kat blog sendiri ja. :)

8 comments:

  1. selamat berbisnes.. hehe.. semoga makin murah rezeki =)

    ReplyDelete
  2. Hihi....dari benci jatuh sayang...ekeke

    ReplyDelete
  3. Wah ni kiranya mcm sessi perkenalan dengan pengedarlah ye Ain hihi... kerja sebagai locum lagi senang ye Ain tak terikat dgn sepital.

    Comel Ain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kak. selamat berkenalan. haha.
      btol tu. kerja freelance locum sangat flexible. ikut suka Ain bila nak kerja. paling best dah tak payah tinggalkan anak2 malam2 sebab dah tak ada oncall. tabik btol kat kawan2 yang masih boleh bertahan kerja hospital. pengorbanan besar kan.

      Delete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)