Sunday, July 16, 2017

Saya Sayang Kakak Part 1

"Saya sayang kakak tau. Kami semua sayang kakak. Kami semua nak kakak sihat. Kakak kena kuat. Saya tahu kakak kuat. Ingat tau. Kita ada Allah. Nak mengadu apa, nak menangis ke, semua bagitau Allah. Kakak kalau nak apa2 kakak bagitau je saya. Saya tolong semua yang saya boleh tolong. Kita cuba semua yang kita boleh cuba. Ubat yang paling kuat sekarang ada dalam diri kakak. Kakak kena kuat. Kakak kena kuat."



Begitulah ucapanku saat kupeluk erat jasad yang kini hanya tinggal tulang rangka. Dalam masa sebulan saja, perempuan Indon berusia 50an yang ku panggil 'kakak' sejak kecil ini, daripada berperut buncit, kini tinggal tulang sahaja. Maafkan saya, bukan nak mengaibkan fizikal kakak. Cuma nak menceritakan, yang kakakku ini nampak begitu susut skali sejak didiagnos penyakit itu.

Ya. PENYAKIT ITU.

Penyakit yang...sesiapa saja yang mendengarkannya pun sudah terasa gerun sampai ke lubuk hati jantung dan organ2 dalaman yang lain.

Penyakit yang...dalam diam tiba2 boleh menguasai diri.

Penyakit yang...daripada seseorang itu nampak begitu kuat, sekelip mata nampak begitu lemah. Longlai. Lembik sangat bak daun lembut yang begitu mudah gugur ke Bumi.

Penyakit yang...ada jenisnya yang 'baik', ada jenisnya yang cepat merebak, menjadikan 'survival rate' semakin pendek.

KANSER.

Ya. Itulah nama penyakit kakak ini. Lebih spesifik lagi, KANSER PANKREAS.

Penyakit kakak bermula kira2 minggu terakhir bulan puasa. Kakak hanya mengadu sakit perut angin yang kuat. Tapi mendengarkan mak beritahu, "kakak sakit perut sampai tak boleh bangun", sudah kurasakan 'pelik'. Manakan 'angin' saja sampai sebegitu sekali.

Pertama kali ke klinik, doktor cuma berikan ubat angin. Kali kedua, iaitu setelah kira2 seminggu, barulah dijalankan ujian ultrasound dan darah ke atas kakak. Ultrasound menunjukkan adanya beberapa biji batu di dalam pundi hempedu kakak. Allah, kesiannya rasa kakak masa tu.

Disebabkan kakak 'foreigner', kata ayah dan mak, pembedahan di hospital swasta, tak banyak bezanya dengan hospital kerajaan. Aku tak pasti akan hal ini. Jadi, ku cuma turutkan kata ayah (sebagai employer kakak) yang mahu membawa kakak ke hospital swasta.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bukan setakat itu saja. Bahkan hujan disambut ribut petir kilat sabung menyabung dan ribut taufan.

Treatment pertama yang dijalankan ialah Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP), di mana tujuan asal untuk membuang batu2 di hempedu menggunakan tiub berkamera yang dimasukkan ke dalam mulut sehingga ke pundi hempedu.

Lain yang dirancang, lain yang dijumpai. Ketika ERCP dijalankan, surgeon menjumpai suatu ketulan berukuran (3 x 2 x 2)cm (ini cuma ukuran anggaran, ukuran sebenar ada perpuluhan2) di kepala pankreas. Agak besar, kira2 sebesar bola ping pong. Untuk yang tak pernah dengar apa itu pankreas, ianya ialah organ berbentuk segi tiga yang terletak di bawah perut, berfungsi menghasilkan enzim2 untuk pencernaan dan juga insulin untuk menukarkan gula untuk disimpan.

Dalam gambar ini, panckreas ialah organ yang berwarna jingga pucat. Ketumbuhan di bahagian 'kepala' (berbentuk lebih bulat) boleh menekan saluran tempat keluar hempedu. Hempedu yang tidak mengalir akan menghasilkan simptom 'obstructive jaundice' (kulit dan mata kekuningan, najis berwarna pucat, air kencing berwarna gelap)

Disebabkan penemuan ini, kakak menjalani scan lanjutan untuk mengenalpasti ketulan ini. Hasil scan mendapati, benarlah ianya kanser pankreas (pancreatic carcinoma).

Siapa lah yang tak terkejut dan boleh semudah itu saja menerima berita jika disahkan penghidap kanser. Kakak semakin murung, stress, tak lalu makan dan minum.

Ku kirakan, selepas seminggu dua, kakak mula menghadapi simptom jaundice. Kulit kakak kuning, mata putih kakak juga kelihatan begitu kuning skali. Ketika inilah, kali pertama aku bertemu kakak sejak diagnos kanser, dan kakak nampak begitu lemah longlai skali. Ketika ini, ayah mintak pertolonganku untuk drip kakak. Ku bawa kakak ke klinik tempatku bekerja dan kakak diberi sebotol drip Normal Saline dan satu ampule dextrose (gula) untuk memberi tenaga. Alhamdulillah, kakak nampak lebih bertenaga selepas drip.

Bersambung di Saya Sayang Kakak Part 2.

25 comments:

  1. Semoga kakak terus kuat dan tabah melawan kanser..amiin..

    ReplyDelete
  2. Kawan sekolah saya baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas... Kanser hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Innalillahiwainnailaihiroji'un. Alfatihah. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita akan kembali. Semoga roh arwah tenang di sana.

      Delete
    2. kanser bagaikan penyakit biasa dah kita dgr skrg ni....sesiapa shj mayb blh kena

      Delete
  3. Sedihny baca entry ni...harap kakak kuat melawan penyakitnya...

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar.. kanser.. tak pe la, try berubat mana perlu ya.. saya doakan kakak ainniah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
  5. Semoga dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang sempurna. Aminnnn.

    ReplyDelete
  6. Sedih baca. Semoga ada keajaiban dan kaka sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  7. Aduh.... Kanser pancres....
    Takutnya. Mintak diselisihkan kita dari penyakit tu.

    ReplyDelete
  8. allahu..moga terus kuat Insyaallah

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Ainni..
    Sebelum ni nak gi blog Ainni tak boleh...nasib kali ni ok...

    Alahai sedihnya... tp nak buat mcm mana kan Allah dah memilih kakak. Moga kakak tabah dan diberikan kesembuhan hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah. Amiiin amiiinnn amiiinnnn...

      Delete
  10. Takutnya mama.. ye lah mama pun Ada sejarah dgn.kansee juga.. lebih tepat lagi, ayah syafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mama dijauhkan dari penyakit2 kronik ya. amiiinnn

      Delete
  11. Allah... Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Semoga kakak tabah dan kuat melawan penyakitnya..

    ReplyDelete
  12. Allah! Kasihannya nasib kakak ni. Tapi betullah, kalau sebut aje kanser memang ngeri. Kadang tu sakit lain pun takut nak pergi check sebab kanser punya pasal!

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.