Friday, July 21, 2017

8 Tips Mencegah Jerawat

Ada banyak jenis jerawat rupanya. Ketahui 8 Tips Mencegah Jerawat dalam entri ini.

Yang muka banyak jerawat, kerap disinggah jerawat, 8 Tips Mencegah Jerawat ni pasti membantu InsyaaAllah. Jerawat ialah
satu keadaan kulit yang disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada kelenjar lemak (sebaceous glands) di bawah kulit, apabila liang roma tersumbat. Dengan terjadinya keradangan ini, akan terhasilnya 'bukit' berwarna merah di permukaan kulit. Tips Mencegah Jerawat berkait rapat dengan penyebab2 terjadinya jerawat. Jadi, sebelum ke Tips Mencegah Jerawat ini, jom berkenalan lebih dekat dengan JERAWAT.


6 PUNCA UTAMA JERAWAT

Kenal pasti apa punca terjadinya jerawat terlebih dahulu. Barulah lebih mudah nak apply tips mencegah jerawat masing2'

Dalam gambar di atas, ada 6 punca utama terjadinya jerawat:
  1. Keturunan 
  2. Kurang tidur & tekanan
  3. Penggunaan kosmetik
  4. Pemakanan tak sihat
  5. Hormon tak stabil
  6. Kuman

Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat, kuman merebak ke kelenjar lemak lalu menghasilkan 'bengkak' di permukaan kulit. Tips Mencegah Jerawat


8 TIPS MENCEGAH JERAWAT

Jadi apa tips mencegah jerawat yang kita boleh cuba? Ada 8 tips kesemuanya.

Tips Mencegah Jerawat yang pertama ialah kurangkan seminima yang boleh, menyentuh kulit muka dengan tangan kita. Tangan kita ni pegang macam2, merata2 tempat. Kita tak tahu ada bakteria atau kuman yang 'melekat' di tangan kita atau tak. Salah satu punca jerawat tadi ialah kuman. Jadi, jauhkan kuman dari kulit anda. Kalau dah diyakini tangan cukup bersih (contoh lepas mencuci tangan dengan sabun), itu no problem.

Comel je kartun pasal jerawat ni.

Tips Mencegah Jerawat yang kedua - berhenti merokok atau elakkan perokok. Rokok mengandungi seribu satu (nak habaq kata banyak ja) bahan kimia dan toksin, yang mendedahkan kulit kepada radikal bebas. Radikal bebas ni tugasnya merosakkan kulit. Kulit rosak lebih lemah dan mudah diserang kuman. Nampak lebih tua pun ya. Jadi, anda lebih sayangkan rokok atau sayangkan kulit anda?

Tips Mencegah Jerawat yang ketiga pula, elakkan produk penjagaan rambut mengenai kulit muka. Especially kalau diperbuay dari bahan kimia. Kita tak nampak, apa bahan yang boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan jerawat. Jadi sebaiknya dielakkan.

Penggunaan konsisten skincare Nutriwhite merupakan salah satu tips peribadi Ain sendiri dalam mencegah jerawat. Best set Nutriwhite ni.

Tips Mencegah Jerawat Keempat ialah menggunakan produk kecantikan yang bebas minyak (oil free). Kerana minyak boleh menyumbatkan liang pori jika tidak dicuci dengan bersih. Kalau yang nak cuba produk skincare Shaklee, Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover berupaya membersihkan kotoran yang melekat di wajah dek debu2 mahupun mekap. Lepas tu plak cuci muka dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser untuk cucian yang lebih mendalam ke dalam kulit dan menyegarkan.

Tips kelima untuk mencegah jerawat. Untuk yang gemar bermekap, sebaiknya gunakan berus untuk mengenakan mekap di wajah, daripada menggunakan jemari sendiri. Ain tak pandai nak komen point kelima ni sebabnya Ain sendiri tak mekap. 😁


Kalau ikut gambar kat atas ni, tips keenam untuk mencegah jerawat ialah disarankan tidur melentang, bukan meniarap. Kerananya dikhuatiri debu dari tilam kita boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan jerawat.

Tips Mencegah Jerawat ketujuh ialah sentiasa menjaga kebersihan handphone kita. Kalau nak diikutkan, handphone kita ni lebih kotor dari tandas kot. Sebab banyak dipegang, dibawa ke mana2 dan tak pernah dibersihkan. Ada ke orang cuci handphone dengan sabun? 😅


Tips terakhir untuk mencegah jerawat, tak dinyatakan dalam gambar. Tetapi dari pendapat peribadi Ain sendiri. Bagi Ain, penting sangat penjagaan makanan yang sihat untuk memastikan kulit kita dapat 'makanan' yang diperlukan. Kalau dalaman sihat, automatik luaran pun akan cantik. Kalau bab suplemen, paling popular dan suka sangat Ain cadangkan untuk masalah jerawat ialah ESP, Vitamin C, Alfalfa.

InsyaaAllah, akan ada satu entri detail tentang bagaimana suplemen2 Shaklee membantu untuk kesihatan kulit, khasnya untuk jerawat.

Real testimoni dari customer Ain sendiri. Bermula dengan masalah jerawat yang tak putus2 naik. Jerawat yang besar merah masak ranum tu. Alhamdulillah dah kurang banyak after 3 suplemen ni katanya.

Terpanjang plak entri kali ni. Tahniah yang berjaya baca sampai habis. Say I skit siapa muka banyak jerawat? 🙊 (Jangan marah naaa)


Credits to Faezatul atas gambar yang comel2 & informative sangat.

14 comments:

  1. bagus tips2 ni..thanks for this sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome Radhia. thanks for reading :)

      Delete
  2. Saya tak ada jerawat. Tapi entry ni saya baca jugak.
    Saya makan vivix

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca. wah, awet muda Adam makan vivix. 👍

      Delete
  3. wah !! bagus entri ni.. dan set penjagaan kulit shaklee antara yang terbaik.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat. paling penting, selamat untuk long term (terbukti dalam Landmark Study) dan halal.

      Delete
  4. Vit c memang antara vitamin yang selalu ada kat rumah...
    Thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Vitamin wajin ada kat rumah saya juga. :)

      Delete
  5. Mama nak period kadang2 keluar jerawat. Geram tengok gambar jerawat Tu Rasa nak picit je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jerawat naik sebab faktor hormon tu mama. Betul mama. Kalau jerawat naik, tangan kita memang gatal sangat rasa nak picit kan. Sep skit.

      Delete
  6. Good info Ain! Siqah sekarang pun ada masalah jerawat. Dulu masa period je ada, sekarang tak kira masa pulak tumbuhnya. Lepas tu, bila dah ada jerawat, tangan memang gatal je lah haa nak usik. Haih. Kena check balik tips ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah kalau selalu disinggah jerawat Siqah. Kalau datang dan pergi takpe jgak. Kalau datang tapi tinggal kesan (parut), haru sungguh rasanya.

      Delete
  7. tips yang bagus ain, tapi akak kan selalu je sentuh muka dengan tangan nak pula kalau ada sikit2 jerawat laju je nak picit, lepas ni kena buanglah tabiat nih

    ReplyDelete
  8. hihihi. sebenarnya tips2 ni untuk diri sendiri Ain jgak. suka picit jerawat jgak. nak2 yang ada mata putih tu, or jerawat pasir tu. walaupun dah makin jarang naik jerawat sekarang. 😊

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.