Tuesday, July 25, 2017

4 Langkah First Aid Bila Jumpa Sengkenit

Bila anak2 sendiri yang jadi mangsa sengkenit, si umi ni pun berhempas pulas lah cari info pasal sengkenit ni juga. Bukan apa, masa kat medical school dulu, tak belajar pun pasal sengkenit (mungkin jgak dah terlupa 🙊). Medical term nya, gigitan sengkenit ni dipanggil tick bite.

Kisah anak2 Ain 'diserang' sengkenit ada kat SINI.


APA ITU SENGKENIT?

Sengkenit ialah sejenis haiwan kecil berkaki lapan (arachnids) yang banyak terdapat di kawasan berkayu dan berumput. Well, kat Malaysia ni banyak je tempat2 macam ni kan. Bersaiz dari sangat kecil (sehingga hampir tak boleh dilihat) hingga sebesar pemadam pensel. (Macam yang Ain jumpa kat anak2 hari tu, besar lwbih kurang 2-3mm sahaja. Kepalanya tersangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan badannya yang dilindungi kulit keras berbentuk bulat.

Sengkenit boleh TERlekat pada kulit seseorang apabila orang itu melalui kawasan mereka. Apabila tiba di kawasan yang lebih panas, sengkenit ini akan bergerak ke kawasan yang lebih panas dan lembap seperti ketiak, celah pelipat lutut/peha, rambut. Di sini, sengkenit akan 'menanamkan diri' ke dalam kulit untuk menghisap darah pemangsa.

Kawasan berumput dan banyak kayu merupakan tempat asal sengkenit.

Kebanyakan sengkenit tidak membahayakan. Tapi sebilangannya membawa penyakit yang boleh dipindahkan ke mangsa, seperti Lyme Disease, Rocky Mountain spotted fever dan Colorado tick fever. Ada juga yang mampu meng'inject' venom ke dalam darah mangsa, mengakibatkan lumpuh sementara (temporary paralysis), juga dipanggil tick paralysis. Uish, scary jgak kan sengkenit ni?

Mereka yang berisiko ialah mereka yang kerap terdedah dengan kayu2 atau rumput2 panjang, dan tidak cover sepenuhnya bahagian tubuh badan (contoh: pakai seluar pendek) dan tidak menggunakan penyembur serangga)


SIMPTOM2 GIGITAN SENGKENIT

  • Sakit di tempat gigitan
  • Tempat gigitan biasanya berwarna kemerahan seperti gigitan nyamuk, boleh timbul atau tidak.
  • Dan ada kalanya, boleh menjadi lingkaran merah yang lebih besar dari 2 inci (kelihatan seperti mata kerbau, bull's-eye ring)


Gigitan sengkenit boleh menghasilkan rash berbentuk seperti mata kerbau (tick bull's eye rash)


4 LANGKAH FIRST AID MENGHADAPI SENGKENIT

  1. Basuh tangan dengan bersih.
  2. Bersihkan tweezer yang akan digunakan untuk mengepit buang sengkenit. Boleh juga mencuci menggunakan larutan antiseptik.
  3. Kepit sengkenit itu, se-paling hampir dengan kepala (paling dekat dengan bahagian kulit), tarik keluar dengan gerakan slow and steady. Jangan pusing2 tweezer tersebut untuk mengelakkan kepala sengkenit tertinggal si dalam kulit.
  4. Cuci bahagian terlibat dengan sabun dan air yang bersih.
Pastikan sepanjang proses membuang sengkenit bersih dari awal sampai akhir.

Once dah 'arwah'kan sengkenit tu, boleh terus monitor mangsa untuk kira2 beberapa minggu, kalau2 ada tanda2 tidak sihat, seperti di bawah.


BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

Bawa segera (emergency) jika mengalami:
  • tanda2 lumpuh (paralysis) seperti kebas, lemah, hilang arah
  • jantung berdebar
  • sakit dada, sesak nafas
  • sakit kepala yang kuat
  • tanda2 merisaukan yang lain
Kebanyakan kes gigitan sengkenit tidak memerlukan rawatan doktor. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berjaya membuang keseluruhan sengkenit dari kulit, sebaiknya bawa pemangsa berjumpa doktor.

Apa yang doktor boleh buat, ialah membuang bahagian sengkenit yang tertinggal. Dan jika perlu, akan prescribe antibiotik doxycycline.

Jika tidak, boleh terus monitor sekiranya mempunyai tanda2 jangkitan (contoh : demam selesema), ruam, sakit lebih kuat, bengkak lebih besar, atau terhasil bulatan merah di sekeliling tempat gigitan sengkenit.


LANGKAH PENCEGAHAN

  • Memakai seluar panjang dan baju bertangan panjang
  • Masukkan hujung seluar ke dalam sarung kaki
  • Masukkan baju ke dalam seluar (tucked in)
  • Memakai pakaian berwarna cerah agar mudah mengesan sengkenit
  • Menyembur pakaian dan kulit yang terdedah dengan penyembur serangga
  • Kerap membelek pakaian dan kulit termasuk rambut dan kepala, untuk mengesan sengkenit. Kalau jumpa, terus buang, sebaiknya dalam masa 24 jam.


Sekian. Terima kasih baca sampai habis. Semoga bermanfaat. :)


Sumber: http://www.skinsight.com/skin-conditions/first-aid/first-aid-tick-bites?Imiw9cApl

14 comments:

  1. Sama tak dengan kutu babi ....?

    ReplyDelete
  2. Sakit juga kan, kalau budak2 mesti merengek je.. nice sharing... good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg adult pun sakit kalau kena, apakan lagi budak2.

      Delete
  3. Terima kasih ain share info yg bermanfaat ni..

    ReplyDelete
  4. Baca entry ni baru tahu apa itu sengkenit. Selama ni tak penah dengar. Neway, thanks for sharing this info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar masa kecik2 je. Ni baru tahu lebih lanjut. Welcome :)

      Delete
  5. ni mak sy panggil tungau ni.. hehe. suka kat budak lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tungau ya nama lainnya? tapi anak2 saya semua perempuan. hihihi

      Delete
  6. Oo kutu babi = sengkenit? info baru untuk saya. huhu.

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)