Wednesday, November 30, 2016

Jalan Nak ke Pejabat Pos


Conquer laptop umi time tak dak patient. Anak yang paling tak boleh berpisah dengan umi. Walid ada rumah pun NAK jgak ikut locum.πŸ˜‚

Teringat pagi tadi masa nak pos barang...

Khayla : Umi, kenapa kita tak pegi pos barang?
Umi : Jalan ni nak pi poslaju la Khayla.

Tak sampai seminit...

Khayla : Umi, kenapa umi lalu jalan ni?
Umi : Tadi Khayla kan nak pi pos barang, kena lalu sini.

Tak sampai seminit...

Khayla : Umi, jalan ni nak pegi pos barang ke umi?
Umi : Iyer Khayla... (dah berasap dah umi πŸ˜…)

Oh Khayla...
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tuesday, November 29, 2016

Tumit Pecah Merekah Licin Dalam Seminggu

Teruknya tumit kawan ni pecah merekah!!!
😱😱😱


Tapi dia guna Herbal Blend ja. Sapu setiap malam sebelum tidur. Seminggu ja dah nampak kesan ketara yang sangat memuaskan hati!
πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Retail price cuma RM27.50 (tak termasuk GST) untuk satu tiub krim 4oz. dari sumber semulajadi yang sangat friendly dengan kulit. Pekat, jimat, tak melekit, kesan yang memuaskan. 😎


Dr.Ain 0164214704

Parut Berlubang Chicken Pox

Ada parut chicken pox (campak) macam dalam gambar ni?


Walaupun kulit licin, tapi adanya parut berlubang macam ni mengganggu penampilan kita kan? Nak cover dengan makeup tebal2 pun macam susah sebab berlubang.

Cara merawat parut jenis macam ni, kulit perlukan protein yang cukup untuk memperbaharui sel2 kulit, dan vitamin E sebagai antioksidan dan mengembalikan keremajaan kulit.

Sesuai sangat KONSISTEN ESP & Vitamin E Complex Shaklee!

ESP lengkap dengan asid amino 'perlu' (essential amino acids) yang memang tak boleh dihasilkan badan kita. Tau tak, kalau kurang even SATU saja asis amino ni, boleh mengganggu proses kimia dalam badan, termasuklah memperbaharui sel2 yang dah rosak & mati (macam parut ni). Nak dapatkan KESEMUA 9 asid amino perlu ni dari diet memang agak sukar, boleh dikatakan mustahil juga. Tu sebab parut kome tak hilang2. Hehe...

Vitamin E Complex plak dari sumber semulajadi. Susah sangat nak dapatkam vitamin E semulajadi ni. Beza dengan yang sintetik, yang sintetik perlukan dos dua kali ganda dari yang semulajadi. Buat apa ambil lebih kalau sebenarnya badan kita cuma perlukan sedikit? Rugi kan belanja lebih padahal ada ja yang cukup2 untuk badan?

Nak kesan lagi cepat, mestilah dengan Vivix & Collagen Powder.

Vivix ni satu2nya suplemen yang bertindak memperbaiki sel dari tahap DNA lagi (paling asas dalam badan). Kiranya merawat dari 'akar umbi'. Khasiat resveratrol (bahan antipenuaan terbaik dunia) dari satu hidangan Vivix (yang cuma sesudu kecil sehari) bersamaan dengan khasiat resveratrol dari 100 gelas wain merah. Tapi, Vivix halal ya. Disahkan JAKIM kita lagi.

Collagen Powder kita plak dari sumber yang sangat tahan lasak. Molekul pun sangat rendah, cuma 1000 Dalton (berbanding molekul kolagen jenama lain, kebanyakannya 30,000 Dalton). Makin ringan = makin mudah diserap = makin cepat kesannya. Sebab tu ramai sangat penggemar Collagen Powder. 😍

Nak cuba hilangkan parut dengan ikhtiar Shaklee?

Boleh tanya Ain...


Dr. Ain 0164214704

Hadiah Birthday Yang Dinanti

Baru berkesempatan nak bercerita pasal hadiah birthday Khayla.

Disebabkan setiap Zara punya birthday, walid belikan hadiah, Khayla la orang paling tak sabar nak dapat hadiah 'Happy Birthday to You' (nada Khayla) dia. Sebabnya, birthday dia paling last antara tiga beradik. Ditunggu dari awal tahun, tengok2 hadiah 'Happy Birthday to You' along. Next ada hadiah lagi, rupanya achik punya. Hihihi...

Masa birthday dia 23/11 baru ni, macam biasala, tiga beradik ni follow umi depa ni pi kerja. Balik pun lepas kul 7 malam. Sepanjang hari tu la dia dok tanya hadiah 'Happy Birthday to You' dia mana. 

Paling sedih, masa balik rumah tu, dia terus masuk rumah lepas tu keluar balik dan tanya, "umi, takde pun?" (of course la tak de sebab walid sorokkan dalam stor).

Lagi sedih, bila walid saja acah2 kata hadiah dia sekotak kecik lego kecik (free gift). Tu pun kami tak bagi bukak sebab kecik yang amat, bahaya untuk achik.

"Khayla suka ka hadiah ni?" (yang dimaksudkan kotak lego kecik yang amat tu)

"Suka! Terima kasih walid." (senyum sipu2 dapat hadiah)

Tetiba alongnya rampas kotak tu. Biasala budak2 kan. Apa lagi...Terus berjurai ayaq mata budak kecik ni ha. Sedih bebenor. Dah la kena tunggu seharian, dah dapat kena rampas plak! Sedih sangat Khayla. 😭

Terus walid suruh bukak pintu stor. Automatik stop nangis bila nampak ja hadiah 'Happy Birthday to You' dia yang sebenar. 😊

Nampak betapa happynya budak kecik ni? Sampai ke telinga dia renyih. 😁


Terus depa tiga 'busy kat dapoq' malam tu.

video


3 Hari Ditarik Nikmat Sihat

3 hari ditarik nikmat sihat.

Alhamdulillah kami sekeluarga semakin pulih.

Bila umi yang selalu menjaga kami pun lembik, walid pun dah runsing tak boleh nak EL, kami bersyukur sangat opah & atok Penang datang membantu. 😍

Kirim syrup PCM & cool fever kat opah atok sebab dah habis stok, sekali opah atok bawak mai 2 botoi besaq PCM & sekotak 14 keping cool fever! Tudia bila opah atok nak tolong tengokkan anak & cucu2 tak sihat. Hahaha... πŸ˜‚

Bila kita sakit, Allah tarik 3 benda dari kita:
1) keceriaan wajah
2) nikmat makan
3) dosa2 kecil

Bila diberikan kesembuhan, Allah cuma 'pulangkan' 2 benda tadi sahaja: keceriaan wajah & nikmat makan. Allah tak pulangkan pun dosa2 kita. Masyaa Allah sayangnya Allah kat kita kan? πŸ’ž

Kita?

Tepuk dada, tanya diri sendiri. 😊


Tinggal achik sorang still dedor tapi kuat mengusik macam biasa. Budak ni nak tumbuh gigi yang kelima! πŸ˜‚

Sunday, November 27, 2016

Mammarazi Ngintai Encik Suami Guna Basic H

Ada job baru weekend ni - jadi MAMMARAZI! 😎

Awal2 dulu, encik suami selalu mempersoalkan "boleh guna untuk cuci kereta ke ni?" (Basic H yang dimaksudkan tu)

Sekarang, encik suami la penggemar Basic H. Lebih dari kita lagi. Senang tanggal kotor kat kereta katanya. Hari ni guna cuci lantai luar rumah plak. Ngintai2 tengok...eh, guna Basic H! 😊


Basic H 'sangat kejam' dengan kotoran. 'Jumpa' ja kotoran memang tak bagi chance, terus dihapuskannya sekelip mata. Tapi sangat environment friendly.

Kalau anak2 join cuci toilet ke, kalau guna Basic H dah tak risau kulit kena bahan kimia ke bahaya ke. Sebab Basic H dari sumber organik. 

Suka sangat Basic H. πŸ’žπŸ’žπŸ’ž

Friday, November 25, 2016

Vitamin C Perisai Sel dan Badan

Bila anak tak sihat, biasanya mak2 akan stress!
Tidoq tak cukup, tak lena, layan anak merengek tak selesa badan...laaagiii stress! πŸ™

Bila stress, ini boleh merosakkan sel2 seluruh badan oleh radikal bebas. Belum kira kerosakan oleh pencemaran, make up, pemakanan tak sihat & lain2 lagi.

Bila sel2 banyak rosak, kita akan senang sakit. Kalau sel2 kulit plak, kita akan jadi cepat tua & berkedut2. Lagi bahaya, bila sel2 organ dalaman yang rosak, merisikokan kita kepada penyakit2 kronik, macam serangan jantung & kanser. Tak mau kan macam tu? 😱

Kat sinilah pentingnya fungsi antioksidan, PERISAI yang melindungi sel2 dari kerosakan oleh radikal bebas tadi.


Antioksidan paling murah, senang nak ambil (telan ja), berkesan...ni ha..SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS. Sistem sustained release vitamin C ni memastikan kita dapat vitamin C berterusan untuk 5 jam setiap hari. Kita bayar untuk sebiji 500mg vitamin C, kita akan dapat kesemua 500mg vitamin C tu. 'Tamak' untuk kepentingan kita jugak. Hehe... 😁

Barulah sistem imun boleh kuat, tak mudah jatuh sakit, boleh jaga keremajaan kulit & yang paling penting boleh 'awetmuda'-kan organ2 dalaman juga.

Powerful! πŸ’ͺ
Walaupun cuma 500mg sebiji.

Tak mahal.
Cuma RM92.50 (retail price tak termasuk GST) untuk sebotol yang boleh tahan 6 bulan! πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Jenuh nak habiskan sebotol.
Hihihi 😊

Thursday, November 24, 2016

Birthday Girl Tak Sihat

Baru balik dari klinik ambik ubat petang tadi.


Letih sangat sampai tertidur kat gelungsur.

Seharian muntah everytime after makan/minum. Total 6x muntah, sekali cirit yang selambak!

Semoga esok Khayla dah tak muntah dan lebih sihat. Aaamiiinnn..

Happy Birthday Walid


Umi belanja KFC sebab teman pi poslaju barang. πŸ˜‹

Kami nak buat ucapan untuk walid tersayang ni.

🌼 Happy Birthday yang ke "23" walid! 🌼

Terima kasih sebab jadi walid yang terbaik untuk kami tiga beradik yang "baik" & "banyak idea" ni.

Terima kasih sebab tetap menyayangi kami tiga beradik walaupun selalu kacau walid, buat walid pening, buat walid marah, selalu mintak macam2 kat walid.

Terima kasih sebab selalu bawak kami tiga beradik jalan2, shopping, main mainan banyak2, jadi Mr.Walid berjaya jaga kami time umi locum.

Errr...
Khayla nak mintak maaf sebab dulu.. dia dah tak sabaq nak keluaq pukul 10.36 malam 23/11/2013. Kalau tak boleh dah sama birthday dengan walid. πŸ˜…

Kami doakan walid dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, happy selalu. Kami saaaayang walid berjuta2 lemon. πŸ’žπŸ’žπŸ’ž

Wednesday, November 23, 2016

Happy 3rd Birthday Zara Khayla


"Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Khayla...
Happy birthday to you..."

Selamat hari lahir yang ketiga buat puteri kedua umi walid, Zara Khayla Khairil Azrul. Yang paling 'copy-paste' rupa & perangai umi. Yang paling petah dengan suara paling comel.

Umi doakam Khayla terus membesar dengan sihat, kuat, solehah dan bijak. Aaamiiinnn...

Terima kasih Allah, Engkau dah pinjamkan anak syurga ini sampai 3 tahun dah. 😊

Panduan Masa Pengambilan Suplemen yang Optimum


Bila customer order vitamin, next question ialah macam mana & time bila nak makan suplemen tu. Meh Ain nak share waktu optimum pengambilan suplemen mengikut jenis.


PAGI, sesuai untuk consume:
  • Zat besi - untuk provide tenaga berpanjangan sebab zat besi diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah) yang membawa oksigen ke seluruh badan.
  • Vitamin C - untuk melawan radikal bebas daripada merosakkan sel2 badan kita. Oleh sebab vitamin C sangat mudah 'hilang' melalui air kencing, disarankan mengambil vitamin C beberapa kali sehari untuk memastikan badan mendapat vitamin C yang cukup. Kat sini lah specialnya vitamin C jenis "sustained relase, SR".
  • Vitamin B - diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga, yang kita perlukan sepanjang hari. Jadi, be ready dari pagi.
  • Vitamin E - juga antioksidan untuk kesihatan jantung juga.


Kalau ikut panduan ni, dikatakan waktu terbaik pengambilan zat besi sebelum makan. Tapi kebanyakan consumer Vitalea (multivitamin yang juga ada zat besi) 'mengadu' loya tekak & muntah bila consume Vitalea sebelum makan. Ain sama. Jadi, ikut badan masing2 ya.

Vitamin E plak, mengikut kata pakar nutrisi (nutritionist) Shaklee, better ambik sebelah malam. Dah sebab Vitamin E ni sejenis vitamin 'larut lemak' (fat soluble vitamin), better ambik selepas heavy meal yang ada lemak jugak. Contoh, ambil selepas dinner. Barulah boleh diserap dah disimpan dalam badan.


Nak masuk TENGAH HARI plak, eloklah ambil vitamin2 ni ha:
  • Coenzyme Q penting untuk penghasilan tenaga. Kalau ambil malam, dikhuatiri mengganggu tidur pula
  • Zink - diambil bersama/selepas makan (sarapan or lunch). Elakkan pengambilan bersama suplemen zat besi dan kalsium
  • Iodine diambil untuk tenaga sepanjang hari


PETANG pula, ambillah suplemen kat bawah ni:
  • Vitamin D - Kajian mendapati pengambilan vitamin D mempunyai kesan negatif ke atas tidur. Sebab itulah disarankan mengambil aeal tengah hari atau petang. Tapi kan, Ostematrix (yang mengandungi vitamin D) diambil malam sebelum tidur supaya kita dapat tidur yang lena)
  • Vitamin E - boleh diambil bila2 masa sepanjang hari. Masa terbaik adalah pengambilan bersama kalsium dan vitamin C. Kalau vitamin E Shaklee, pakar nutrisi memcadangkan pengambilan pada malam hari sebelum tidur
  • Minyak ikan - ambil bersama/selepas makan berat untuk menggalakkan penyerapannya



Bila MALAM pula, sesuai sangat ambil suplemen2 ni:
  • Kalsium kerana waktu terbaik penggunaan kalsium ialah waktu malam
  • Magnesium yang juga membantu tidur yang lena
  • Probiotik digalakkan diambil semasa perut kosong 30-60 minit sebelum makan untuk meminimakan interaksi dengan enzim2 pencernaan



Thursday, November 17, 2016

Sedap Meal Shakes


Dia buat tak tau ja, & terus minum sampai nak licin. Walaupun nonstop angah jerit2 mintak nak minum plak.

Sedap sangat ler tu haha 😝

Tamar koko + Meal Shakes

Umi rasa pun sodap nyam! πŸ˜‹

Meal Shakes lengkap dengan vitamin & mineral utk keperluan anak2 yg sedang membesar. Umi mengaku, agak sukar nak pastikan tiga beradik ni dapat zat yg depa perrlukan tiap2 hari.

Ya laa...

Sorang nak fish saja,
Sorang lagi nak nasik saja,
Sorang lagi ja setakat ni makan apa saja.
Kadang2 tak mau makan,
Kadang2 makan punya banyak.
Tak tentu depa ni tau.

Nasib baik Meal Shakes sedap. Bagi bila2 pun hampa belasah ja kan? 😁

Wednesday, November 16, 2016

Kisah Benar Luka Accident di Muka

Ya Allahuakbar!

Ain sure menangis kalau Ain kat tempat akak ni!

Thank you so much Siera, sudi share testimoni ni dengan kami semua.

Kalau ada mana2 kenalan hampa yang macam ni, bolehlah ikhtiar dengan vitamin2 ni.


Jom baca cerita ringkas luka accident kat muka akak ni. 😊


"Saya baru lepas accident. Accident motor balik keja. Kawan suami saya belikan Vitamin C, Vitamin E dan ESP Shaklee. Tapi saya tak tau kalau habis nak beli kat mana. Bila nampak awak kat Ig, saya pun berminatlah. Awak nak tengok hasil saya baru pakai sebulan?"


"Yang ni baru 5 hari saya makan Vitamin C, E dan ESP. Dari awal 5 hari saya dah nampak hasil. Parut kat mulut saya yang kesan jahit pun tak nampak. Kalau boleh saya nak cari Vitamin C, E dan ESP ni MEMANG ELOK!"


"Ni gambar saya hari ni tau. Parut saya tu jadi licin. Kekadang tengok macam tak percaya ja. Ramai yang tak percaya. Mertua saya pun tak percaya. Diorang ingat saya akan berparut.

Kawan saya yang makan Pxxxxxxxx dan produk Bxxxx pun puji saya. Kata saya tipu diorang kata saya buat inject vitamin C tau. Tapi tak buat pun. Saya cakap saya hanya makan barang Shaklee je.

Sebenarnya saya tak tau pun pasal vitamin ni. Tapi bila doktor tengok luka saya, dia tanya saya...

Ada makan apa2 ubat ke?
Saya hanya makan vitamin C, E dan ESP Shaklee sahaja.

Habis muka dan kaki saya dibeleknya. Macam tak percaya doktor tu tengok saya.

Kalau boleh saya tak nak putus makan Vitamin C, E dan ESP ni. Suka sangat! Alhamdulillah." 😊

**********

Nak ikhtiar sihat cantik dengan suplemen nombor 1 dunia?

Ain sedia membantu. πŸ˜‰


Dr.Ain 0164214704

Kerap Sakit Tanda Kurang Vitamin C

Ada sorang ni, muda lagi. Umoq baru 33 tahun. Tapi every 2 weeks mai klinik sebab tak sihat.

Kejap2 selesema,
Kejap2 demam,
Kejap2 pening,
Macam2 complaint nya.

Dok sakit2 selalu, sapa boleh tahan kan. Kita banyak komitmen, nak kerja lagi, nak jaga laki lagi, nak jaga anak2 lagi. Mestilah kalau boleh nak sihat selalu kan.

Nak MC selalu pun dia rasa bersalah. Sebulan sekali MC pun jarang2. Dia sanggup mai klinik, telan ubat, pastu sambung kerja. Baik orangnya. Jadi kita pun cadanglah konsisten Vitamin C Sustained Release 500mg Shaklee ni haa. Hehee 😊


Hari2 makan,
Hari2 boleh dapat vitamin C untuk 5 jam continuously,
Hari2 ada 'pengawal' (antioksidan) nak halang 'penjahat' (radikal bebas) daripada 'membuat kekacauan'. Hehe...

Badan kita tak boleh store vitamin C tau!
Badan kita pun tak boleh hasilkan vitamin C!

Tu sebab kena ambik vitamin C hari2. Tak kisahlah kome2 nak makan buah ke sayoq ke. Paling senang vitamin C ni la. Satu tablet sama macam makan sebiji setengah oren setiap jam, untuk 5 jam.

Sejak konsisten vitamin C ni, Ain mengaku, Ain memang KUAT. πŸ˜‰

Sebotol
RM92.50 sahaja (tak termasuk GST)
ada 180 tablet
boleh tahan 6 BULAN! 😊


Dr.Ain 0164214704

Bertuah Punya Budak

Bertuah punya budak!

Budak ni...

Umi tengah solat.

Dia masuk bawah telekung,
Kibas sorang2,
Punya seronok mengekek,
Lari keliling umi bawah telekung,

Bila umi sujud, dia nak naik atas belakang,
Tengah duduk, dia pun nak duduk atas riba,
Last skali kita baru bagi salam,
Dia dah siap baca doa. πŸ˜‚

Tak khusyuk solat umi achik ooiii πŸ™ˆ


Jom Dhuha

"Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap TASBIH adalah sedekah. setiap TAHMID adalah sedekah, setiap TAHLIL adalah sedekah dan setiap TAKBIR adalah sedekah. MENYERU MA'RUF adalah sedekah, MENCEGAH KEMUNGKARAN adalah sedekah.

Semua perbuatan itu sama nilainya dengan 2 rakaat solat Dhuha."




Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

Tuesday, November 15, 2016

Supermoon

Semua pakat nak share gambaq supermoon dari lokasi masing-masing. Kebetulan on the way balik dari rumah parents tadi hujan renyai-renyai. Tetiba nampak bulan yang bulat dan terang sangat. Cantik.

Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Cantiknya ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Besar! :)

Lokasi dari Taman Sungai Dua Utama, Butterworth.

Hehe... :)


Nasib baik air hujan tak jatuh atas kamera fon ni. Berusaha sungguh NAK jgak ambik gambar supermoon dalam hujan. Hihiihiii

Selamat malam semua. :)

Alhamdulillah


Nampak ja sikit.

Tapi belian hari ni lebih 1k!

Ni belum gaji lagi nih.

Alhamdulillah...

Bawak anak2 pun boleh dapat side income. Lagi puas hati bila dapat tolong orang lebih sihat.

Orang kata, kalau nak happy, kenalah happykan orang lain. Betul sangat!

Promosi Alfalfa dan Lecithin Bulan Ni

Ada lagi yang masih tak tahu, bulan ni promosi Lecithin & Alfalfa Complex tau?



🌼ALFALFA🌼
============
  • mencuci hati, darah, usus (alfalfa bersifat alkali) & membuang toksin (detox)
  • mengatasi alahan
  • memperbaiki masalah penghadaman
  • menyingkirkan lemak & kolesterol
  • melegakan keletihan
  • suplemen utk sakit sendi
  • kesihatan dalaman wanita:
    • melegakan senggugut
    • mengatasi keputihan
    • menegangkan pa****ra
    • kacip fatimah moden
    • jamu moden
    • memulihkan urat selepas bersalin
  • milk booster
  • memberi tenaga, meningkatkan stamina
  • membuang angin dalam badan

🌼LECITHIN🌼
=============
  • awetmuda
  • perkembangan otak & kesihatan minda (sesuai sangat utk student)
  • melindungi jantung : menurunkan LDL (kolesterol jahat), meningkatkan HDL (kolesterol baik), mencairkan kolesterol dari dinding salur darah
  • melindungi hati
  • mencairkan lemak (untuk kurus)
  • suplemen yang bagus untuk kencing manis
  • menghalang pembentukan batu karang
  • memperbaiki simptom postmenopause
  • kesihatan usus
  • untuk kesuburan


Dr.Ain 0164214704

Alamak


Semua lena dalam kereta. Kereta dah berenti pun depa tak bergerak.

Hello anak2...

Banguuunnn!!!

Hari masih panjang.

Ni baru balik locum. Jom pi branch borong vitamin, pastu COD. Orang2 yang perlukan Shaklee ramai nih.

Ke hampa recharge satgi nak bagi umi pening???

Doktor Budak Sekolah

Hampa kan...

Bila tengok doktor macam budak sekolah, hampa ingat dia tak tau apa, nak pijak kepala na?

Bila keluaq 3 Zara, rupa2nya doktor ni mak anak tiga, baru hampa tau doktor ni dah 'berumoq' rupanya. Hihihi 😁

Pengajaran:
Dont judge a book by its cover.
Hehe... 😊


*Buat muka garang skit bagi patients takut nak mintak MC. Kahkahkah 😝

Achik Kotorkan Baju Dengan Sambal Tumis

Achik celup tangan comel dia masuk dalam semangkuk sambal tumis atas meja. Pastu budak bijak ni lap kat baju tidoq kaler cerah dia ni.

Cepat2 umi tenyeh Get Clean sket.

Settle kemas dapur semua, umi pun bilas.

Siap!


Macam tak pernah kena sambal pun kan?

Bukan saja nak puji, tapi memang lebih dari puas hati cuci baju dengan Get Clean Fresh Laundry Concentrate. Tak payah berusaha lebih untuk baju bersih macam baju baru!

Dulu umi monster.
Sekarang umi cool.
Haha =D

Supermoon


Macam-macam gambar SUPERMOON yang orang share dari semalam.

Tapi ini yang paling menyentuh hati Ain.

Gambar supermoon yang 'adik-beradik' Shaklee share kat wall FB dia. Gambar dari Madinah.

Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Cantik kan keindahan ciptaan Yang Maha Berkuasa? 😍😍😍

Doa Dhuha

"Ya Allah,
Sesungguhnya Dhuha ini DhuhaMu.
Kecantikannya kecantikanMu,
Keindahannya keindahanMu,
Kebaikannya kebaikanMu,
Kekuasaannya kekuasaanMu,
Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah,
Jika rezekiku di langit Engkau turunkanlah,
Jika di Bumi & air Engkau keluarkanlah,
Jika sukar Engkau permudahkanlah,
Jika jauh Engkau dekatkanlah,
Jika haram Engkau persucikanlah,

Berkat waktu DhuhaMu,
KecantikanMu,
KeindahanMu,
KebaikanMu,
KekuasaanMu,
PerlindunganMu,
Kau limpahkanlah kepadaku rezeki,
Sebagaimana Engkau limpahkan rezeki,
Untuk orang2 yang soleh.

Aaamiiinnn..."

Jom konsisten Dhuha! 😊


Friday, November 11, 2016

Nutriferon dan Eczema


"Abang Zahin 4 years back.

Ternampak gambar lama ni di timeline. Upload sebab kenangan Zahin lebam Harry Potter akibat terjun dalam kereta. Hehe.

Apa yang anda nampak?

Ummi nampak telinga Zahin. Eczema. Jarang nak upload gambar yang nampak Eczema Zahin. Segan. Nanti orang bertanya-tanya. Lagi luluh hati Ummi.

Tapi tu dulu.

Alhamdulillah sekarang ni dah takde langsung. Dan takde kesan langsung macam pernah kena Eczema. 

Orang kata Eczema tak boleh sembuh. 

Tapi Alhamdulillah. Allah sembuhkan. Sekarang kadang-kadang lupa yang Zahin kena macam ni dulu.

Masa Zahin Eczema, dia tak suka makan supplement lain. Kecuali Nutriferon. Makan macam tu je. Letak atas lidah. Tak minum air lepastu pun takpe ☺️

Sampailah sekarang. Kalau Zahin tak sihat, dia nak Nutriferon je. Sebut je ubat dah menangis-nangis. Tahulah kan kalau budak 6 tahun menangis macamana rupa. Tak secomel budak lagi kecik nangis πŸ˜…

So rumah kami Nutriferon ni macam 'ubat' lah. Ambil bila perlu je. Hehe. Nutriferon dah jadi sebahagian dari 'First-Aid-Kit' kami."
-Nadiah Suhaidi-

**********

Nutriferon EKSKLUSIF dikeluarkan oleh Shaklee sahaja. Hasil kajian 40 tahun pakar imun Jepun.

'Terer' mana Nutriferon ni, jom baca lebih lanjut kat SINI  πŸ˜‰

Nak order Nutriferon?

Promosi tau bulan November 2016 ni.


Dr.Ain 0164214704

Thursday, November 10, 2016

Teringat Alahan Masa Mengandung Dulu

Tiba2 teringat masa pregnant first & second.

Dua2 pun ada alahan yang agak teruk. Means....BETUL2 TERUK!

Sehari muntah lebih 30x kot (memang banyak sangat, tak tipu!), sampai muntah hijau yang punya pahit gila tu. 😡

Makan muntah,
Minum pun muntah,
Tak makan minum pun muntah.

Sakit kepala teramat sangat rasa macam kepala nak pecah.

Ada la dua tiga kali encik suami pasangkan drip kat rumah, sebab risau dehydrate.

Tu pun still buat night shif 2 malam berturut2, dengan ICU yang busy, banyak kes, patient tak stable, tidur pun tak, sambung kerja sampai pagi round ICU, balik rumah pun sambung muntah2, nak rehat pun tak boleh. Huhu...

Habis night shift, baru 'serah diri' kat wad. Admitted 4 hari sebab severe dehydration (ketone 3+). Berat turun 4kg dalam 2 minggu. Muka punya cengkung.

Boss keep tanya, bila nak discharge, sebab doktor tak cukup (macam la kita suka sangat menyusahkan kawan2 sekerja kesayangan). Paling sakit hati siap diperli2 lagi. Mentang2 bos laki kan, of course takkan rasa alahan mengandung tu macam mana. Sabaaaaqqq sesangat! 😀

Saya tak kuat, tapi terpaksa. Sebab tak suka menyusahkan kawan2. Sebab tak suka menyusahkan orang lain. Sebab tak suka susahkan sesiapa.

Masa pregnant Zulaikha plak, alahan teruk jgak. Tapi bukan muntah teruk. More to sakit kepala yang kuat, lebih kuat dari before tu. Time ni dah resign. Kengkonon locum on off. Tapi sebab alahan tu, OFF terus locum masa tu. Haha.

Nasib baik boleh berShaklee dari rumah...Ada la income jgak. Hehe. πŸ˜‰

Tak ada apa2 motif pun share pasal ni.

Teringat pasal ni sebab hari ni ada patient muda yang pregnant baby first, dah 8 minggu ada muntah 3 kali, pening kepala, check semua normal. Sangat well. Tak ada dehydration. Nak mintak MC dua hari, sebab bos dia suruh mintak sampai esok. πŸ˜₯

Adeh, encik boss. Awak je la issue MC untuk staff awak ni yer. Kekeke 😝

Business Card Baru

Tak sabar nak dapat business card baru yang comel, flyers fantastic yang cun. 😍

TQ so much Rekaneka.

Design lawa, rambang mata nak pilih.
Servis tiptop, cepat, cekap.
Korang memang the best! 😘


Carotomax dengan 20 Kali Ganda Kuasa Antioksidan

Feveret sekarang. πŸ˜‹

Haa nampak tak, nampak tak betapa 'garang'nya Carotomax ni?


Pagi2 wajib telan sebijik. Bagi cerah 'garang' mata ini. Kekeke πŸ˜†

Ikhtiar untuk cegah kanser & penyakit2 kronik jgak.

Dan sebab kuasa antioksidan dia 20x ganda lebih, of coz boleh awet muda jgak.

Haaa, dengar AWET MUDA je, ko laju kan Ain. πŸ˜†

Assalamualaikum & selamat pagi. 😊

Wednesday, November 9, 2016

Ibu Menyusu Dok Jepun Buat Detox Turun 12kg

Nama : Nor An Ibrahim
Umur : 35
Tinggi : 160cm

Mula buat detox 3 bulan lepas iaitu bulan september 2016. Buat Detox sendiri.


Detox Siri 1(buat sendiri)

Detox Asal : 65kg
Berat Selepas Detox : 60kg


Detox Siri 2 (buat sendiri detox puasa)

Berat asal : 60kg
Berat selepas detox : 59kg


Detox Siri 3 (buat bersama group detox)
Berat asal : 58kg
Berat selepas detox : 56kg


Antara Healing proses : pening, jerawat, berpeluh, badan rasa panas macam buat workout..


Kesan selepas detox:

  • Badan semakin ringan
  • Mudah untuk beraktiviti 
  • Pola tidur pon ok tidur 6-8jam sehari..jika kurang pon siang tak rasa letih
  • Siang sangat segar (jarang dapat nap😭😭😭)
  • Otak fresh
  • Lelemak di perut semakin kurang dulu berlapis, sekarang parut czer pon dah nampak panjang sejangkal
  • Baju & seluar semakin membesar..ke saya yang mengecil..baju2 sejuk dulu pakai ketat sekarang sangat longgar.
  • Dah tak craving minuman & makanan manis junk food
  • Suka minum air mineral
  • Banyak lagi kesan lepas detox ni😍


Vitamin diambil: ESP, Herblax, Peppermint Ginger, Omegaguard, Lecithin, Alfalfa Complex (SET KURUS)

Vitamin harian lain on juga seperti Vitalea, Bcomplex, Vita C, Ostematrix, Garlic complex, PD, Mealshakes

Azam: target nak buat senaman HIIT, tapi belum mampu kerana belum fit. Senang berusaha dengan buat brisk walk tapi sekarang dah musim sejuk mungkin buat aktiviti di dalam rumah sahaja. Doakan ya

Akak mula teringin sangat kurus selepas raya bila timbang rumah kawan. Akak punya berat paling dahsyat masa tu atas 65kg. Punya susah hati berat naik tak turun.

Akak terperasan MD punya gambar sebelum & selepas. Terus tanya akak wardah apa tu detox, cara semua. Dia masukkan kak dalam group telegram FLY DETOX CHANNEL.

Daripada situ akak baca hadam terus buat dan ada tanya juga MD masa hari pertama buat. Tanya tentang dressing untuk saladπŸ˜ƒ. Lepas habis buat detox dah boleh makan secara sihat, guna formula 1/4 (buah, sayur, protein, karbo) jadi masih mengekalkan cara ini untuk penyediaan seisi keluarga.

Sebelum lupa, akak ibu menyusu. Buat detox setelah anak kenal solid food. Dalam masa buat detox tak kacau penyusuan sebab pilih sayuran yang bantu milk booster juga.

Malu pula tengok pic lama tu tak boleh nak pasang tali pinggangnyaπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆsekarang dah 3 lubang bole pasang huhuh.

Alhamdulilah cuba sihat sbb akak ada sejarah penyakit 3 serangkai dlm keluarga huhuhu😭😭😭

-Kak Nor An Ibrahim-



FB Pages:
https://m.facebook.com/dyanhealthcare2u/

Turun 11kg Dalam 3 Bulan

Seronoknya jadi akak ni.

Sekian lama berat badan berlebihan, last2 turun BANYAK lepas detox dengan cara Shaklee.

Start detox tu, asyik kena perli je non-stop. Tak baik btol depa2 ni kan. Huhu... 😀

Tapi akak ni cekal. Hati pun kuat. πŸ’ͺ

Hasil konsisten detox, exercise naik basikal dalam rumah 2-3 kali seminggu, akak ni dah BUKTIKAN yang dia pun boleh kurus dengan cara sihat dan berkesan.

TERUS TURUN 11kg DALAM 3 BULAN 😎


Puas hati!!! πŸ˜‚

Paling best...
Kain baju yang dulu2 semua dah boleh pakai semula.
😍😍😍

Yang nak kurus dan rasa2 diri sendiri seorang yang berdisiplin & berdedikasi & cekal & mampu konsisten dengan tips2 kurus & detox, tak banyak alasan...bolehlah tanya Ain.

Orang semangat nak kurus dan sihat, kita berganda2 semangat nak tolong. Sila tolong diri sendiri dulu ya. Dalam Al-Quran pun ada sebut, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri tak nak berubah. Hehe 😊


Dr.Ain 0164214704

Pentingnya Air Masak


Ain perasan kan...

Kalau air masak tak cukup 3 liter sehari,
Senang je perut naik.
Membuang pun rasa tak puas.

Kalau air masak tak cukup 3 liter sehari,
Esoknya naikla jerawat sebijik dua.

Kalau air masak tak cukup 3 liter sehari,
Start sakit kepala pening skit2.

Air masak ja pun.
Tapi...
Penting sangat!

Untuk sihat,
Untuk cantik,
Untuk kurus.
😊😊😊

Tak caye, cer minum air masak saja 3 liter sehari untuk seminggu dulu. Sendiri rasa dulu. Seminggu ja...


Achik Dah Pandai Selfie

Achik dah pandai senyum selfie. Nampak je muka dia kat kamera, terus senyum. 😁

Yeay, lepas ni kita dah boleh ajak achik selfie banyak2.

Good morning kawan2!



Tuesday, November 8, 2016

Masalah Buah Pinggang dan Hati Ikhtiarlah dengan Vivix

Syukur Alhamdulillah.

Ain ada dapat happy good news dari sorang customer semalam. πŸ˜‰

Mak Ayuni ada problem buah pinggang tahap 3 & juga masalah hati. Tak pasti apa diagnosis sebenar, tapi itu lah yang diberitahu doktor yang merawat.

Jadi, beliau nak ikhtiar dengan Vivix.

Belum sampai sebulan, Ain dapat whatsapp ni semalam... 😊

Monday, November 7, 2016

Carotomax Si Vitamin Mata

Terujanya baca testimoni Carotomax Si Vitamin Mata ni. Rasa nak konsisten Carotomax plak sekarang, memandangkan diri ini seorang yang mempunyai rabun jauh sejak sekolah menengah (kuat study tuuu..wahaha)

Masa sekolah menengah, kalau tak silap, mata start rabun dengan power 100+. Lepas tu yang jadi lebih teruk, masa study medic 6 tahun. Mungkin sebab banyak mengadap buku (walaupun tak la rajin or terer mana pun hihihi), setiap tahun power mata Ain akan naik 100! Sampai tahun keenam, power dua-dua belah mata dah 500. Huhu...

Lepas dah grad, dah kerja macam nak muntah hari-hari (houseman aka doktor pelatih kan, kerja teruk huhu), buku ke mana, study ke mana...tak la ada perubahan mendadak sangat dengan power mata ni. Sampai sekarang dah masuk tahun keenam kerja sebagai doktor, power agak statik. Hehe...(nampak sangat tak study dah..hehe)

Eh, jom tengok testimoni-testimoni kat bawah ni. Khusus untuk yang ada masalah dengan kesihatan mata (macam Ain), bolehlah kalau nak ikhtiar dengan Carotomax lepas ni. :)


SILAU KURANG, MATA MAKIN CERAH, SAKIT KEPALA DAH KURANG

"Alhamdulillah, saya ni tak rabun. Tak pernah pun pakai spec. Yang main2 tu ada la hihi. Pakai pun rimas aih! Tapi sejak bersalin dulu, tetiba pandangan kabur. Bila check rupa-rupanya dah rabun dan silau! Patutla masa bawa kereta malam tu parah beno. Sampai muka seboleh-bolehnya nak melekat kat cermin depan nak tengok jalan. Cuak je orang yang dok sebelah tu haha.

Walaupun tak banyak kiri silau 50, kanan rabun jauh 50, tapi kan, dari sikit-sikit ni la kita jadi risau, takut makin tinggi kan & saya tak nak pakai spec! Jadi saya start consume Carotomax Shaklee.

Hari ni adalah hari ke-10. Tadi jalan-jalan, saja la pi check mata balik kat kedai yang sama. Know what? Dah kurang! Silau 25 rahun 25. Alhamdulillah, baru lebih kurang seminggu la kan. Habis sebulan ni Insyaa Allah nak check lagi. Mana lah tahu takde silau atau rabun langsung kan.

Memang perasan sekarang pun pandangan mata makin cerah sikit. Dah kurang sakit kepala. Masa mula2 nak rabun dulu selalu gak sakit kepala. Haa lagi bestnya pasal Carotomax ni, ia bukan hanya suplemen untuk mata, tapi jantung, kulit, prostat & servix, jadi wanita atau lelaki pun boleh ambil."



MATA AYAH DAH NAMPAK SEMULA

"Alhamdulillah, tak sangka percubaan pertama cari suplemen untuk mata ayah akhirnya berjaya. Ayah ada brain tumor yang affect mata kanannya. Doktor cakap, lepas scan dan MRI 2 minggu lepas, mata kanan ayah dah takde harapan lagi untuk melihat. Tapi aku nekad nak bagi ayah makan Carotomax ni.

Baru-baru ni ayah cakap dia dah boleh nampak semula walaupun kabur. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Pergi scan lagi baru-baru ni doktor pun tak percaya. Alhamdulillah... Sekarang tinggal nak keluarkan nanah je dari dalam kepala. Mak dan adik pun dah start ambil Carotomax untuk masalah rabun diorang. Alhamdulillah happy sangat! Thanks Shaklee beri sinar baru untuk ayahku."



POWER SPEC MAKIN KURANG

"Best sebab makan je tak sedar rupanya power makin kurang, tukar spec baru pastu kulit memang nampak ok. Saya tak tahu yang Carotomax untuk kulit juga. Sampai customer sendiri nak order untuk kulit dia terus google hehe."



GLAUKOMA, IKHTIAR DENGAN CAROTOMAX

"Ayah saya mempunyai masalah tekanan fluid yang tinggi dalam mata dan boleh menyebabkan glaukoma jika dibiarkan berlarutan. Tambahan dia ada penyakit diabetes. Jadi saya cuba beri Carotomax sebagai makanan tambahan untuk masalah yang dihadapinya sejak bulan April.

Alhamdulillah hari ni saya dapat khabar berita yang tekanan dalam mata dia sudah di paras normal daripada 28mmHg turun kepada 16mmHg setelah diperiksa oleh doktor dalam pemeriksaan lanjutan. Sekarang dia nak bukak untuk botol yang ketiga!

Mungkin tak ramai yang mengambil Carotomax, tapi saya mengambil langkah pencegahan awal untuk membantu kesihatan ayah saya kepada lebih baik khas untuk kesihatan mata. Carotomax memang elok untuk masalah berkaitan mata. Memang berbaloi-baloi. Cubalah!"



POWER MATA TURUN DARI 200 JADI 75

"Assalamualaikum semua. Nak share sikit. Tahun lepas kena pakai cermin mata. Power mata kanan 200, kiri 250. Mula makan Carotomax akhir tahun lepas. Cermin mata lama-lama jadi blur, so tak pakai haha (memang jarang sangat pakai pun actually). Bulan ni check mata, power dah jadi 75 for both eyes. Alhamdulillah syukur sangat. Thank you Allah. Thank you Shaklee. :)



Dr. Ain 0164214704

Jerawat Kecut Dalam 2 Hari


"Semalam naik jerawat kat dagu. Bila tekan sakit. Nampak jelas & timbul. Hari ni dah kecut. Penangan Carotomax ni, 20 kali hebat antioksidan berbanding Vitamin C kan. Minggu ni tak miss ambil Carotomax hari2 lepas dinner. Sekarang fokus nak hilangkan parut je sebab dah tak rasa sakit langsung dah kat tempat kesan jerawat tu."


Botolnya keciiiikkkk comellll jer Carotomax ni. Tapi kuasa antioksidannya kemain sampai 20 kali ganda lagi hebat dari vitamin2 antioksidan yang lain.

Kecik-kecik cili api! πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Dr.Ain 0164214704

Bell's Palsy

Semalam adik Ain cerita, yang salah sorang kenalan dia tiba-tiba kena strok. Muda sangat lagi umurnya baru 24 tahun. Bila selidik2 lagi, rupanya kawan dia ni bukan diserang strok, tapi Bell's Palsy.

Apa beza strok dan Bell's Palsy?

Strok tu kalau keseluruhan sebelah badan jadi lemah atau tak boleh bergerak langsung (paralysis). Kiranya sebelah muka (sebelah muka nampak 'jatuh' - mata ke bawah, hujung bibir ke bawah, senyum pun tak boleh sebelah), sebelah tangan, sebelah kaki...samada kanan atau kiri yang paralyse atau lemah tu.

Bell's Palsy plak cuma paralysis atau kelemahan otot sebelah muka sahaja. Means, hanya muka je la sebelah 'jatuh'. Tangan dan kaki masih kuat.

Punca Bell's Palsy biasanya tidak diketahui. Tapi ada kerosakan pada saraf yang mengawal otot muka. Rawatan yang biasa diberikan ialah oral steroid.

Suplemen Shaklee apa boleh membantu?

Bila adik cerita je pasal kawan dia ni, Ain terus teringat testimoni ni. Rupanya tak ter-post lagi kat blog ni. Haha.

Adik ni pun pernah diserang Bell's Palsy tahub lepas. Oktober 2015. Dia ikhtiar dengan Vivix, Omega Guard, B Complex dan Vitamin E.


🌼VIVIX bertindak membaiki DNA (paling asas dalam badan dan sel kita). Kira membaiki 'akar umbi' kesihatan kita. 'Akar' yang kuat, kuatlah 'pokok'nya. Betul betul?

🌼OMEGA GUARD untuk kesihatan otak, sebagai agen antiradang, menurunkan paras kolesterol jahat (dalam kes ni, yang berkemungkinan boleh block salur darah yang supply darah ke saraf).

🌼B COMPLEX untuk kesihatan saraf, memberi tenaga.

🌼VITAMIN E untuk melancarkan pengaliran darah.

Alhamdulillah...

Masih ada rezeki untuk senyum kembali selepas 3 bulan konsisten suplemen-suplemen di atas. 😊

"Masih ada sinar bagi yang ikhtiar berusaha dan putus2 berdoa bertawakkal.
Masih ada peluang bagi yang terus berharap.
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan."

*Suplemen cuma sebagai support kesihatan. Jangan pula terus mengabaikan ubat doktor/hospital. Sebab fungsi ubat dan fungsi suplemen berbeza. Boleh dapatkan nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu untuk apa2 rawatan alternatif. Vivix bukan untuk merawat, mencegah, mengubat sesuatu penyakit.


Dr.Ain 0164214704

Selamat Pagi

Morning!

Hari ni banyak urusan. Kena packing awal semuanya.


Zara3 masih lena dibuai mimpi. Tidur lambat skit semalam. Baru lepas hujan plak tu. Sedap ler tu tidoq. Hihihi 😊

"Ya Allah Yang Memudahkan. Tiada yang sukar bagiMu. Engkaulah yang memudahkan segala yang sukar. Permudahkan urusanku hari ini dan urusan kawan2ku yang lain yang membaca status ini. Aaamiiinnn."

Saturday, November 5, 2016

Lawak Khayla

Humaira : Walid, nak ikut opah pergi rumah opah boleh?

Walid : Ok, boleh. Sat gi walid ambik.

*****

Umi : Khayla nak ikut jgak ke? Khayla nak ikut opah balik rumah opah ke, nak ikut umi jalan2 pergi beli barang?

Khayla : Nak ikut opah jalan2.

Umi :

*****

(Try tanya Khayla sekali lagi)

Umi : Khayla nak ikut opah balik rumah ke, nak ikut umi pergi jalan2?

Khayla : Nak ikut pergi jalan2 dengan umi.

Umi : Ok.

Khayla : Opah, opah nak ikut Khayla jalan2 tak?

(Pulak dah?)

*****

Last2 tengok semua pakat naik kereta atok, dia pun nak ikut pi rumah opah. Hahaha