Thursday, April 28, 2016

Testimoni Hebat Vitamin C Part 2

Ada yang tunggu update testimoni vitamin C Shaklee ni lagi ke?

Ok, jom sambung. :)


DEMAM SELESEMA JARANG KENA, JERAWAT CEPAT KECUT


"Vitamin C 500mg ni memang favourite Gee. Demam, selesema memang jarang kena. Even kena pun akan cepat kebah. Tang bersin pagi-pagi tu terbaiklah, dah ok dah sekarang ni. Satu lagi bab jerawat cepat kecut memang Gee suka sangat."


DERITA RESDUNG TERUK STOP LEPAS SEMINGGU KONSISTEN VITAMIN C


"Ingat lagi waktu stok SR Vitamin C ni tak ada stok satu Malaysia. Saya susah hati sangat-sangat sebab dah tunggu masa nak bersalin waktu tu. Esok masuk Oktober 2013, stok pun masuk kat Shaklee. Sempat saya borong 2 minggu sebelum bersalin. Bukan apa, saya resdung teruk. Dalam 24 jam sehari, 1 jam je kot yang saya tak bersin. Seksa sangat! Bayangkan non-stop bersin dalam keadaan berpantang. Huhu.

Yang bestnya, saya makan high dose Vitamin C (atas konsultasi dengan nutritionist ya). Seminggu konsisten makan dengan cara yang betul, terus stop derita yang saya tanggung sepanjang 1 tahun lebih tak ada stok tu tau! Pakej dengan tapak tangan jadi lembut, kulit kaki pun jadi licin. Haaa, best tak best vitamin C ni!"


KUATKAN SISTEM IMUN DENGAN SR VITAMIN C


"Setuju. Customer saya pun ramai cakap sejak makan Vitamin C resdung hilang, selesema pun tak ada. Ramai jatuh hati dengan Vitamin C Shaklee. Walaupun hanya 500mg tapi berkualiti."


SINUS KURANG, KULIT MAKIN HARI MAKIN CERAH!


"Bersin banyak kali sinonim dengan Dya. Comel tau bersin, banyak kali macam baby kucing bersin lepas tu. Hehe. Dah jadi trademark dari zaman Dya sekolah lagi.

Sejak kenak Shaklee Dya memang tak miss Vitamin C setiap hari sebab nak kulit cantik sebenarnya. Tetapi secara langsung sinus Dya makin berkurangan. Ramai ahli keluarga yang perasan Dya dah tak bersin banyak kali setiap pagi macam dulu-dulu.

Alhamdulillah. Paling ketara sewaktu mengerjakan umrah baru-baru ni Dya langsung tak bersin pagi dan tak selesema atau batuk selama mengerjakan umrah sehinggalah pulang ke tanah air.

Syukur tak terhingga kerana vitamin C bukan sahaja membantu menghilangkan sinus Sya, malah kulit makin hari makin cerah!"


GUSI DAH TAK BERDARAH, KULIT LICIN LEMBUT


"Saya nak share pengalaman saya consume SR Vitamin C 500mg. Sejak dari remaja lagi kulit saya sangat sensitif dengan sabun basuh. Tak kisahlah sabun basuh pinggan atau sabun basuh baju. Kesannya kulit saya akan jadi merengga @ pijar & panas dan menggelupas sampai kulit jadi nipis tu. Kalau bergeser dengan dinding simen yang kasar boleh berdarah. Tapi sekarang dah tak ada masalah tu lagi dan walau apa pun jenis sabun yang saya guna.

Pengalaman kedua saya selalu ada masalah gusi berdarah bila memberus gigi. Bukan time pregnant je. Tak pregnant pun sama sejak remaja lagi. Tapi sejak kenak vitamin C ni sampai sekarang saya tak miss ambil vitamin C. Tak ada lagi dah masalah gusi berdarah. Kulit makin licin dan lembut. Tak perlu nak beli losyen tangan dah. Rasanya dah dekat 2 tahun tak beli losyen."


*******************************

Promosi vitamin C bakal berakhir lagi 3 hari termasuk hari ini.

Orang lain dah lama kulit cantik berseri-seri, kita bila lagi?

Orang lain ceria tak bersin-bersin pagi-pagi, kita sampai bila nak mulakan pagi dengan higung merah muka masam?

Orang lain setahun sekali je demam selesema, kita takkan nak biar diri sendiri tiap-tiap bulan ambik MC sebab flu teruk?

Hihihi, jangan marah ya. Ain nak tolong korang lebih sihat je. :)

Apa? Tak jumpa entri pasal kehebatan vitamin C Shaklee yang Ain dah cerita hari tu? Tak pa, boleh klik SINI ya. :)


Dr.Ain 016-4214704

Testimoni Hebat Vitamin C Part 1

Happy rasanya bila dapat bantu orang yang ada masalah kesihatan dan/atau kecantikan.

Haritu Ain ada share testimoni-testimoni vitamin C yang mana masalah kulit settle lepas konsisten consume vitamin C Shaklee. Yang tak pernah baca lagi testimoni kulit cantik tu, boleh klik kat SINI ya.

Kali ni, Ain nak tambah lagi beberapa testimoni vitamin C. Untuk yang kerap demam, ada masalah resdung, nak kuatkan sistem imun badan, gusi berdarah, dan lain-lain.


TAK MUDAH DIJANGKITI BATUK SELESEMA DAH


"Dulu kalau anak demam batuk selesema, tak lama kemudian dapatlah pakej tu kepada ibu. Alhamdulillah, sejak amalkan vitamin C SR bersama pakej nutrisi ibu hamil, takde dah dapat pindahan pakej demam batuk selesema dari anak-anak."


kUA


"Mother in law saya sangat suka vitamin C Shaklee. Dia cakap konsisten 2 biji sehari memang jarang sangat selesema. Dia kata nak build immune dia betul-betul sebelum tunaikan haji soon."


PARUT CESAR MAKIN PUDAR


"Alhamdulillah, Saya mula ambil vitamin C SR akhir bulan 12/15. Sejak amalkan, parut cesar makin pudar, kahak dan flu waktu bangun tidur dah tak ada. Demam, batuk dan selesema memang tak pernah kena lagi. Walaupun satu rumah tak sihat. Cuma bila baby selesema, batuk dan demam, saya up-kan dose vitamin C. Alhamdulillah, baby breastfeed, jadi cepat proses penyembuhan tu. Jerawat halus memang dah tak ada."


KULIT CERAH LEMBUT, JERAWAT CEPAT KECUT


"Sejak amalkan vitamin C Shaklee ni secara konsisten, kulit memang dah tak kusam lagi. Kulit saya makin cerah dan rasa lembut ja. Jerawat naik time datang bulan tu biasa la, tapi memang cepat kecut! Dan kalau sebelum ni saya senang kena demam. Tapi sekarang tidak lagi. Memang jarang kena demam. Alhamdulillah.

Nak tau tak, kawan saya baru ambil vitamin C Shaklee. Dia makan 2 biji sehari. Tak sampai beberapa hari pun, kulit dia bertambah cerah! Terkejut saya! Macam magic pulak saya tengok. Memang ketara nampak cerahnya tu. Vitamin C Shaklee memang terbaik. TQ Shaklee!"


DAH JARANG SANGAT DEMAM BILA KONSISTEN VITAMIN C SHAKLEE


"Bila konsisten Vitamin C Shaklee ni, jarang sangat sakit. Even the whole family gilir-gilir demam, batuk, selesema, tapi Ain terkecuali. Alhamdulillah. At least still masih sihat untuk jaga anak-anak & husband kalau diorang demam. Dalam setahun tu ada la sekali dua ja batuk sikit-sikit. Rasanya dah nak masuk tahun keempat consume vitamin C ni, tak pernah lagi makan ubat-ubat klinik/antibiotik. Syukur..."


AMAL VITAMIN C KURANGKAN SELESEMA ANAK


"Alhamdulillah. Anak saya Muhammad, umur 6 tahun. Biasanya memang saya bagi Chewable Vitamin C dan Omega Guard. Dua hari lepas tiba-tiba selesema. Saya tanya dia boleh ke telan sebiji SR Vitamin C tu, selamba je dia telan sebiji. Saya tambahkan Nutriferon untuk dia. Dua hari berturut dia konsisten makan SR Vitamin C untuk kurangkan selesema, Omega Guard untuk kurangkan batuk kahak, Nutriferon untuk tingkatkan imun badan. Alhamdulillah, dah lega pun hari ni. Mak mana tak sayang anak. Sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anaknya kan!"


Nak testimoni vitamin C Shaklee lagi? Ok la, sambung kat SINI.

Kenapa Vitamin C Shaklee ni hebat sangat? Semuanya Ain dah ceritakan hari tu kat ENTRI NI.

Nak order Vitamin C Shaklee dengan Ain?


Dr.Ain 016-4214704

Ada Apa Dengan Vitamin C Shaklee


Promosi Vitamin C tinggal 3 hari saja lagi. Yang rasa vitamin Shaklee ni "biasa-biasa" saja, korang WAJIB baca entri ni. Ni nak share pasal one of the most popular Shaklee suplemen tau - Vitamin C.

Darah Tinggi dan Vitamin C

Hasil kajian saintis dari John Hopkins University mendapati, pengambilan vitamin C di kalangan pesakit darah tinggi mampu membantu menurunkan tekanan darah secara sederhana. Tapi, sentiasa kena ingat ya. Tugas suplemen hanyalah mengisi lompong-lompong nutrisi, bukannya untuk mengubat, merawat, mencegah sesuatu penyakit. Jangan ngelat untuk ambil ubat hospital atau klinik, kalau dah di'prescribed' ya. :)



Tuesday, April 26, 2016

Kita Hilang 4000mg Kolagen Sehari


Kita kehilangan 4000mg sehari???
Korang Tau Tak?
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau “glue”. Kolagen ini juga adalah sejenis protein yang sangat penting dalam tubuh badan kita dimana badan kita kehilangan sekurang-kurangnya 4000mg kolagen sehari.

Sebab itu Collagen Shaklee membekalkan 4000mg dalam 1 sachet untuk sehari. Menarik bukan? :)
Info pasal Collagen Powder Shaklee pujaan ramai tu, klik SINI.

Bayi Susu Ibu

Bayi menyusu sangat depends on khasiat dari susu ibu. Nak susu ibu berkhasiat, mestilah si ibu kena sihat.
Macam mana nak sihat?
Ikhtiar Ain untuk sentiasa sihat ialah dengan Vitalea, Vitamin C, B complex, ESP, Ostematrix, Alfalfa dan Omega Guard. WAJIB tau Ain amik everyday.
Alhamdulillah,
Syukur, Allah beri kesihatan yang baik kat si bulat ni. Dengan asbab Ain amalkan Shaklee.
Dalam Quran pun ada kata suruh makan dari sumber yang baik2. Tak ingat plak surah berapa ayat berapa. Hehehe. Kalau Ain salah, tolong betulkan. :)

Mudahnya Berpantang dengan Shaklee




SET ASAS BERPANTANG SHAKLEE terdiri daripada:


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membekalkan tenaga berpanjangan kerana indeks glisemiknya yang hanya 55 (kategori rendah)
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • Mempercepatkan pemulihan luka (episiotomi atau pembedahan)
  • Sebagai milkbooster yang memekatkan susu ibu
  • Memudarkan stretchmark
  • Menganjalkan kembali aset2 yang sepatutnya
  • Mencantikkan kulit
  • Menguatkan rambut dan kuku
  • Sesuai untuk ibu bersalin yang menghidap kencing manis (mengekalkan paras gula di tahap normal kerana indeks glisemiknya yang rendah)


ALFALFA COMPLEX

  • Membuang angin dalam badan
  • Melawaskan pencernaan (menangani sembelit yang menakutkan selepas bersalin)
  • Melegakan sakit kepala dan pening selepas bersalin (boleh dijadikan pilis)
  • Sebagai jamu moden
  • Sebagai milk booster
  • Melegakan sakit belakang, sakit sendi dan sakit badan selepas bersalin
  • Untuk kesihatan dalaman wanita
  • Sebagai kacip fatimah moden

"Set pantang Shaklee buat saya bertenaga yang berpanjangan, luka episiotomi cepat sembuh, boleh buat stok ebm seawal hari ke-4, tiada sembelit. Badan pun rasa ringan sebab sangat kurang berangin"


Dr.Ain 016-4214704

Kulit Sensitif Semakin Baik dengan Asbab Shaklee


“Alhamdulillah di beri peluang untuk berkongsi pengalaman dalam menjaga anak yang kulit sesangat sensetif. Nak kata eczema pun saya rasa tak. Tapi….
Ceritanya bermula anak hero saya ni kena campak ruam, lepas 2minggu ingatkan semakin ok tapi tak. Lagi bertambah-tambah bila kena lagi campak api.
Masa tu saya tiada pilihan terpaksa hantar anak ke rumah mengasuh juga. Ingatkan 2minggu tu ok la semula, tapi makin teruk dan anak hero ni masa tu dah setahun 5bulan, suka mengaru habis kulit jadi berdarah dan berbekas.
Lepas nak baik, suami kena chiken pox, seminggu lepas tu anak hero ni lagi sekali kena chiken pox.. orang kata sekali seumur hidup kan? Tapi anak hero saya ni dalam tempoh 3bulan 3 jenis campak dia kena.
Sampai lah saya terpaksa berhenti kerja dan jaga sepenuh masa anak saya ni. Jumpa pakar kulit dari Kerajaan sampaikan la ke Pakar kulit kanak-kanak (swasta) tak ok juga.
Doktor bagi ubat yang sama setiap kali jumpa pakar. Beratus habis kulit anak hero ni tetap sama.
Pilihan terakhir saya, tetap jumpa doktor pakar sekadar follow up je.. tapi saya lebih konsisten hanya MEALSHAKE, OMEGA, VITAMIN C CHEW je kata dia.. sekali sekala saya sulamkan dengan NUTRIFERON tapi tak boleh kerap atau banyak sebabnya ruam akan naik terlalu banyak.
Alhamdulillah.. lebih 3 bulan konsisten masalah anak hero ni semakin baik. Belum pun habis OMEGA tu semua.. anak hero dah tak sesensetif. Kulit makin baik dan sampai sekarang hanya amalkan ni tak kira dia demam, batuk atau selsema. Saya hanya bagi ni.
Tiada lagi ubatan dari klinik. Sebab dah puas lihat anak asyik makan antibiotik la ubat la.. cream la.. tetap sama juga.. tak juga ada perubahan.. tapi dengan penangan makanan tambahan tu je banyak perubahan pada bekas-bekas satu badan anak hero ni.
Alhamdulillah… bukan hanya pada kulit dia semakin baik, tapi baik dari segi fokus untuk pendidikan awal seperti mengaji sangat cepat menghafal dan bila ke mana-mana.. saya wajib bawa ni..
Sekarang? Tak risau pasal masalah kulit dia dah… dah pandai dah pun ambil vitamin sendiri…
Anak kedua sekarang a.k.a baby shaklee, seriusly berbeza dengan kulit abangnya…
Syukur.. Alhamdulillah…
Pilihan yang saya ada ni sangat berterima kasih, sebabnya bukan je tak ada bahan kimia malah terbaik dan semulajadi…
Thanks Shaklee.”

Ikhtiar dengan Vivix Bantu Pesakit Buah Pinggang

Vivix merupakan penemuan antipenuaan terhebat eksklusif oleh Shaklee. Bertindak melalui 4 mekanisma antipenuaan - anti-radang, memberi tenaga, mengurangkan pembentukan protein AGE, membaiki DNA - telah terbukti secara klinikal adalah 10 kali ganda lebih berkesan daripada resveratrol sendiri. Vivix diperbuat daripada campuran resveratrol dan polifenol.

Ikhtiar dengan Vivix hanyalah sekadar kaedah alternatif dan dari segi perubatan, tak sepatutnya dijadikan pilihan utama untuk mengubat penyakit kronik. Kerana Vivix hanya bertindak sebagai suplemen kesihatan yang melengkapkan nutrisi harian, bukannya ubat yang betujuana mengubat, merawat, menyembuh, mencegah sesuatu penyakit.

=====================================

"Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.
Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.
Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.
Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.
Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.
Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.
Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.
Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”
Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.
Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif".
=======================================

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.
Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.
Credits : FB Hawatif Ali

Monday, April 25, 2016

Kemerosotan Kolagen

Selamat pagi semua!
Di hari Isnin ni, Ain nak share pasal graf ni. Inilah dia graf kemerosotan kolagen dalam badan kita. Start umur 20 tahun tau, kolagen akan start berkurang dengan banyak.
Kalau tak jaga dari awal, tak mustahil kita kelihatan lebih tua dari usia. Banyak je kan yang macam tu?
Ok, boleh tengok cermin masing2. Dah berapa kedut ada di muka? Hihihi…
Jangan marah na. Senyuuummm…
Nak info pasal Collagen Powder Shaklee yang super best ni? Klik SINI. Selamat membaca dan jatuh cinta dengan Collagen Powder.

Syaitan Dalam Solat

WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA

Pernah rasa mcm ni?? Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini nak bgtau… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak.

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!

Cara nak lawan si Khanzab ni:
  1. Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
  2. Baca Ayatul Kursi 1x
  3. Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?

In shaa Allah ..

Wallahu'alam.

Sunday, April 24, 2016

Basic H Pembantu Paling Efektif di Dapur

Sejak jadi umi anak 3 ni, tak banyak masa nak kemas dapur bersih2 hari-hari. Lepas masak, biasanya Ain lap-lap macam tu je, as long as kesan air bergula, kuah makanan tumpah dilap. Tak dak la nak berusaha gigih mengelap sampai berjam-jam sampai semua 'menghelip-menghelap' (berkilat-kilat) kan. Cuma sekali dalam sebulan dua, kenalah ada 'Misi Menyental Dapur'. Hihihi..

So, apa lagi. Mestilah kena panggil pembantu Ain. Siapa lagi kalau bukan Basic H!

Dengan Basic H ni, senang ja boleh hilangkan kesan2 kunyit, percikan minyak masa masak, siap jadi berkilat-kilat macam baru jadinya kabinet Ain ni. Hehe...

Kesan minyak yang tak hilang dilap dengan kain, malah, meninggalkan kesan hitam pada table top kabinet.

Ha, ni lagi satu kesan minyak yang menghitamkan table top.

Yang ni plak kesan dari cawan minuman (nampak tak bulatan berwarna light brown tu). Tonyoh-tonyoh banyak kali dengan sabun pun tak hilang. Tapi guna Basic H, sekali lap terus hilang!
Ni plak minyak yang terpercik masa menumis. Tak perasan pun mula-mula lap table top. Sekali terperasan punyalah banyak minyak terpercik tak lap. Dah jadi keras plak tu! Nasib baik ada Basic H.

**********
Sayangkan dapur rumah anda?

Pilihlah Basic H. Pencuci berkepekatan tinggi dari sumber semulajadi yang berkesan menanggalkan kotoran degil.



Dr.Ain 016-4214704

7 Bahan Utama Collagen Powder


RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang ebih kecil berbanding dengan kolagen binatang



Ekstrak biji benih Camellia japonica
Mengandungi asid Oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.



Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolise karbohidrat, emak, dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen.



Ekstrak Pfaffia
Juga digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.



Ekstrak kerang-kerangan
Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.



Elastin dari kolagen ikan
Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang gebu, dan anjal.



Lactobasilus acidophilus
Ialah sejenis bakteria baik yang membantu mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.


Hasil gabungan ketujuh-tujuh bahan ini, menjadikan Collagen Powder, suplemen anti penuaan terbaik kerana berupaya menghidrat, menganjal dan melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas (sebagai antioksidan).



Dr. Ain 016-4214704

Rambut Kurang Gugur Lebih Lebat dan Hitam


“Selepas saya minum 3 kotak Collagen Powder Shaklee, kesannya kepada rambut. Before this setiap kali cuci rambut rasanya hampir segenggam rambut saya gugur termasuklah di lantai bathroon, di tempat tidur, apa lagi jika semasa sisir rambut. En hubby la yang tolong bersihkan. Tapi selepas 2 bulan saya consume collagen, alhamdulillah kesan positif. Saya sendiri pun tak perasan mula2. Selepas en hubby tegur, “napa dah tak banyak rambut mommy gugur sekarang?”, yer la, baru ku tahu. Ketara semasa cuci rambut dah takde yang gugur lagi. Kalau ade pun dalam 2-4 helai je. Rambut juga semakin lebat dan hitam. Dan paling best dulu ada juga nampak tumbuh sehelai dua uban yang nak tumbuh, sekarang tak de dah.
Dan satu lagi kesan saya nak share, power mata rabun jauh saya pun berkurangan. Dulu 200 kiri kanan, sekarang turun 150. Biasa kalau malam saya drive mesti pakai cermin mata. Sekarang tak perlu lagi."

Dr.Ain 016-4214704

4 Keistimewaan Collagen Powder

APAKAH KOLAGEN?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia.Malah, ia menyumbang kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.




SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti: kulit berkedut, kering dan melayut kuku rapuh dan tidak kukuh rambut halus dan gugur.




Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit.

Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengn memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

Tahukah anda?

Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular. Oleh itu kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang anda dan sendi: tulang lemah sendi kaku.

Kolagen memberikan penampilah muda pada kulit kita.


3 SEBAB KENAPA PATUT PILIH SHAKLEE COLLAGEN POWDER

1) Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ikan merah hidup di dasar laut merah yang mempunyai kedalaman sehingga 6000 meter, & bertekanan tinggi, menjadikannya sumber kolagen yang sangat tahan lasak.

Ikan merah hidup di dasar laut dalam yang bertekanan tinggi, menjadikannya sumber kolagen yang sangat tahan lasak.


2) Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong anda dari dalam dan luaran.






3) Collagen Powder ni bukan sekadar kolagen sahaja. Malah merupakan gabungan 7 bahan aktif yang berupaybmenghidrat, menganjal dan melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas (sebagai antioksidan).


Fungsi khusus setiap satu bahan, boleh teruskan membaca di SINI.


4) Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Statistik menunjukkan, selepas menggunakan selama 8 minggu, 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik.




Jadi, apa lagi? Yang nak kulit cantik dan sentiasa kelihatan muda, cepat-cepat cuba Shaklee Collagen Powder yang memang terbukti berkesan. Semestinya 100% semulajadi, berkesan dan selamat.

Nak tengok koleksi testimoni Collagen Powder yang hebat2? Klik SINI ya. :)


Dr.Ain 016-4214704

Saturday, April 23, 2016

CoQ Health Plus Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga

CABARAN

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.


APA ITU KOENZIM Q10 DAN MENGAPA IA PENTING UNTUK TUBUH KITA?


CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ0organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindah sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.


BERAPAKAH JUMLAH PENGAMBILAN DIETARI COENZYME Q10 YANG KITA PERLUKAN?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara para CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Berikut merupakan jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil:



Tambahan lagi, keupayaan tubuh menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh kita pada usia 20 tahun.

Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.


PENYELESAIAN UNTUK ANDA – COQHEALTH PLUS



CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat: 
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung 
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL 
  • Meningkatkan peredaran darah 
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah 

Dos pengambilan – sebiji kapsul sehari selepas makan.


5 PERBEZAAN SHAKLEE

  1. Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  2. Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untik memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh. 
  3. Eksktrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  4. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber ketersediaan CoQ10-nya. 
  5. Tanpa gluten




Testimoni pengguna CoQ Health Shaklee…



Dr.Ain 016-4214704